Azhar Yop (kanan) merakam kenangan bersama-sama ahli BADIM di depan Angsana Mall, Ipoh.
PROGRAM Ride Amal Badan Didikan Islam UDA Holdings Berhad (BADIM) kali ketiga berjaya menyantuni kakitangan UDA di Angsana Mall dan rumah anak yatim serta miskin di Ipoh pada 26 Ogos 2023.
Program konvoi bermotosikal dari Kuala Lumpur diketuai Yang Dipertua BADIM, Mohd Isa Ali adalah sebagai kunjungan badan itu kepada rakan setugas UDA di negeri berkenaan disamping memeriahkan sambutan kemerdekaan negara yang ke 66.
Timbalan Yang Dipertuanya, Azhar Yop, berkata sebagai sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam pelbagai aktiviti kerja amal
kebajikan, BADIM tidak abaikan untuk menyantuni rakan setugas.
Menurutnya, walaupun tidak duduk satu pejabat mereka sentiasa berhubung dalam menyempurnakan tugas yang dipertanggung jawabkan selain berkongsi pengalaman untuk memacu nama UDA dalam pembangunan negara.
Mohd Isa menyerahkan zakat wakalah kepada Rumah Anak Yatim Nurul Iman.
Jelasnya, setiba di Angsana Mall itu konvoi berkenaan
disambut oleh rakan setugas yang memberi peluang antara mereka beramah mesra supaya
dapat mengenali dengan lebih rapat diikuti makan tengah hari bersama-sama.
“Kesempatan berkumpul ini Mohd Isa mengambil kesempatan menyampaikan tazkirah ringkas mengenai solat jamak dan qasar apabila bermusafir yang secara tidak langsung memberi panduan kepada 20 peserta konvoi,” ujarnya.
Mohd Isa menyerahkan zakat wakalah kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Rumah Anak Yatim dan Miskin Ar-Ridwani.
Azhar berkata, selepas itu konvoi berkunjung ke Rumah Anak
Yatim dan Miskin Nurul Iman dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Ar-Ridwani, di
Manjoi, Ipoh bagi menyampaikan sumbangan barangan dapur serta menyerahkan zakat
wakalah.
Tambahnya, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan
bebanan dan keperluan pusat serta pertubuhan berkenaan dalam memberi
pelindungan di samping memelihara anak yatim terbabit dengan penuh keprihatinan.
“Langkah BADIM menyantuni anak yatim dan miskin ini bersesuaian dengan slogan 'Berilmu, Berkebajikan dan Berlandaskan Islam’ diharapkan mampu menjadi contoh kepada pelbagai NGO lain untuk turut turun padang membantu mereka yang memerlukan pembelaan atau sokongan,” katanya. - KitaReporters
Peserta Ride Amal BADIM ke Ipoh merakamkan kenangan pada 26 Ogos 2023.
Peserta Ride Amal BADIM diraikan pada majlis tengah hari oleh rakan setugas UDA di Ipoh.