Insan & Komuniti 12 Dec, 2025

Siapa cepat dia dapat! Program Berkhatan Madani! Tempat terhad! Anjuran MBPP, NGO-NGO Pulau Pinang!

Share this

Program Berkhatan Beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform untuk mengukuhkan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Selain itu, ia menjadi salah satu alternatif terbaik dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menunaikan tuntutan Islam, yang diwajibkan ke atas setiap kanak-kanak Muslim yang sudah masuk usia baligh.



Sehubungan itu, satu program berkhatan beramai-ramai, Berkhatan Madani akan diadakan di ruang legar, Stadium Bandaraya Pulau Pinang menjelangnya cuti akhir pesekolahan bulan Disember 2025 ini.

Berkhatan Madani pada Sabtu, 20 Disember 2025 mulai jam 2.00 petang ini adalah anjuran bersama Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Persatuan Kami Peduli Pulau Pinang dan Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Pulau Pinang dengan tempat yang terhad.

Walau bagaimanapun, sedikit yuran komitmen sebanyak RM60 dikenakan.

Bagi yang ingin menyertai program Berkhatan Madani ini, mereka boleh segera menghubungi Hasni melalui nombor telefon 012-6578252 atau Azhar melalui nombor telefon 016-4699671.

Ayuh siapa cepat, dia dapat. Peserta untuk Berkhatan Madani adalah terhad. - KitaReporters


Program Berkhatan Madani di ruang legar Stadium Bandaraya Pulau Pinang 20 Disember 2025.

15
15
0
9
0
You will be interested