Seramai 25 nelayan kawasan Manjung Selatan yang terjejas akibat bencana alam mendapat bantuan bagi meringankan beban yang mereka hadapi.
Justeru itu, Kerajaan negeri Perak telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM20,500 kepada nelayan terbabit.

Mohd Zolkafly Harun (dua dari kiri) menyerahkan kotak makanan kepada seorang nelayan.
Sumbangan kepada nelayan berkenaan diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun kepada nelayan terbabit pada majlis Penyerahan Sumbangan Khas Bencana Alam di Manjung, Perak pada 20 Disember 2025.
Dalam kejadian 14 Disember 2025, telah berlaku kejadian hujan lebat di kawasan Batu 8 Lekir, Setiawan lalu mengakibatkan bencana alam yang memberi kesan kepada kehidupan dan sumber pendapatan nelayan setempat khususnya ahli Persatuan Nelayan Manjung Selatan.
Bencana ini telah mengakibatkan nelayan terbabit mengalami kerugian memandangkan peralatan seperti vesel serta perkakasan menangkap ikan telah hanyut dan rosak akibat dihanyutkan oleh arus deras.
Situasi ini telah memberikan tekanan kepada nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai sumber rezeki. - KitaReporters

Tags: