Watch on TikTok
Sebagai Islam wajib kita percaya selain manusia, jin dan syaitan juga wujud sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Jin ayat 1 yang bermaksud “Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah akan Daku”.
Manakala syaitan pula Allah SWT telah perjelas dalam surah al-Araf ayat 27 yang berbunyi “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihat kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).”

Sejak dulu lagi,
syaitan merupakan musuh nyata buat orang Islam. Namun, masih ada dalam kalangan
orang Islam bersekongkol dengan syaitan untuk membalas dendam sesama manusia. Ya
benar, sudah tahun 2025 namun sihir masih wujud! Itulah hakikatya!
Namun, pada zaman serba moden ini, kadang-kadang yang benar bercampur-aduk dengan teknologi masa kini. Maka timbullah kekeliruan.
Contohnya video-video mistik yang berjaya dirakam ada sesetengahnya telah disunting. Ini membuatkan masyarakat sukar percaya walaupun ia benar-benar berjaya dirakam.

Gambar hiasan... Polong bukan hantu tapi sihir. - Kredit Foto: Google Image.
Perkongsian video
bola api atau polong yang muncul di atas bumbung rumah oleh seorang
lelaki berasal dari Sabah menimbulkan persoalan ramai. Menurutnya, bola api
tersebut sudah muncul selama empat hari.
“Bola api. Hampir empat hari sudah ia muncul menampakkan dirinya. Ia fikir saya gentar atau takut. Sedangkan ia tidak tahu yang saya ini ialah lawannya,” tulisnya.

Ramai antaranya percaya bola api tersebut adalah polong yang dihantar oleh seseorang untuk mencari mangsa.
“Kalau bebola api, kami panggil polong. Tujuannya untuk menghantar sihir tapi polong ni kadang-kadang tersalah sasar, boleh kena pada orang lain atau sekitar.
"Yang saya tahu, kalau jumpa, lepas itu kita panggil ia banyak kali, ia akan jatuh dan sihir yang dihantar tak akan kena pada sasaran dan batal. Itu yang diperkata oleh orang tualah. Tak pasti betul atau tak sebab tak pernah lagi cuba sebab tak pernah jumpa,” jelas salah seoran netizen.

Manakala ada segelintir netizen yang kurang percaya dan mendakwa bola api tersebut sebenarnya dron, iaitu pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang.
“Orang main dron tu,” tuslinya ringkas.
Ramai juga netizen berkongsi cerita yang sama. Mereka pernah mengalami pengalaman yang sama.
“Dekat rumah aku sudah tiga kali aku tengok bola api ni. Kali pertama warna api biasa, yang kedua merah pekat dan yang ketiga warna hijau. Apabila aku nampak, bola api tu ia ghaib serta-merta. Ia selalu nak pergi rumah belakang,” kongsinya.

Sama ada benar ia bola api yang dihantar oleh seseorang untuk tujuan sihir, tidak dapat dipastikan kebenarannya. Namun yang pasti, amalan sihir masih lagi wujud walaupun zaman semakin moden.
Sebagai Islam, untuk mengelakkan daripada terkena sihir kita digalakkan untuk membaca ayat Kursi selepas solat dan tiga Qul sebelum tidur. - KitaReporters