
INI namanya Boss (gambar atas). Saya tambah, "oooo Bossku ya!"
Tu nama kucing yang diberikan oleh tuan kedai baju Bundle ni. Katanya, kucing gelandangan itu macam bawa tuah dan datangnya entah dari mana tetapi tiba-tiba pandai pula menyambut tetamu yang datang ke kedainya. Dia pandai "layan".
Bila pelanggan masuk aje kedai baju itu, haiwan manja ini akan datang dekat kita. Seolah-olah mahu geselkan badannya pada orang. Ia juga bertindak macam tauke kedai, sekali gus "melayan" orang singgah hendak cari baju atau sekadar menempah air kocak mahupun beli sebiji dua burger.
Opah terus "mengadap" Boss sambil "bercakap" dengannya. Wahai Bossku, tolong doakan orang muda yang berniaga ni maju dan burgernya laris ya!
Terharu tengok satu keluarga berniaga di taman perumahan yang waktu malam selalu tak ramai yang lepak. Mereka berniaga Bundle sambil buka gerai jual burger dan minuman kocak.

Sebenarnya kata peniaga itu, kucing itu saja-saja lepak tapi lama kelamaan buat kedai itu seperti rumahnya. Bila ada orang masuk kedai, Boss yang duduk di dalam kedai, datang menghampiri pelanggan seperti mahu mempersila orang ramai masuk kedai. Kemudian ia temani sambil awasi tuan kedai buat air minuman.
Kita mungkin ingat memelihara kucing sebagai teman bermain, mengurangi stres dan risiko penyakit jantung.
Namun, penting untuk mempertimbang tanggungjawab bukan saja setakat memberi makan minum, biaya perawatan, waktu dan memastikan kucing tidak mengganggu tetangga.
Tapi paling wajib kena faham ialah memastikan kucing tidak mengganggu jiran tetangga.
Kita bukan macam negara Turkiye yang anggap kucing sebagai sebahagian daripada penduduknya kerana setiap orang dididik untuk menyayangi haiwan itu macam "anak-anak" dengan setiap warga negara memberi makan, menyediakan rumah kucing dan peniaga pula memberi makan percuma. Kucing bebas menemani pelancong makan, minum.

Ada yang sediakan makanan di tepi kedai untuk kucing geladangan

Nasib kucing ada yang dapat pemilik kaya raya macam peniaga tudung bawal, Haliza Maysuri yang memelihara seekor kucing dinamakan Money yang dimanjakan dengan hadiah hampir sejuta ringgit dari rumah kucing sehingga kereta mewah dan barangan berjenama mewah.
Yang Opah mahu ialah membangkitkan perihal kucing geladangan yang diangkat menjadi 'tuan" kerana jika pada tangan orang yang bertanggungjawab segala kemudahan untuk kucing dijaga supaya haiwan itu tidak menganggu ketenteraman jiran-jirannya.
Kebetulan bertemu Boss ini ketika singgah ke kedai burger itu masa hendak balik daripada mesyuarat di Bandar Tasik Puteri. Tengah mencari intro yang boleh menarik pembaca sebelum melihat gelagat Boss yang datang ke kaki seperti menyapa pelanggan yang masuk ke kedai.

Sebelum itu Ketua UMNO Cawangan Oak, Solikhin Salmin (gambar atas) yang leka berbual dengan kami di suatu pagi di kedai mamak, tiba-tiba bercerita perihal banyak kucing yang lepak di rumahnya dan rutin kerja paginya adalah membersihkan najis haiwan itu.
Solikhin bukanlah mahu merunggut kerana dia faham perbuatan itu macam buat sedekah.
Tambahan pula, bukan seekor dua malah banyak kucing yang berkeliaran di taman perumahannya dan dan jiran-jiran pula macam buat tak tahu apabila kucing mereka singgah merata dan buang najis pun di dalam pasir depan rumah.
Opah pun mula bersuara agak keras pun bertanyalah, "Ada tak jiran bagi makanan kucing haji? Yalah sedekah juga tu kita bagi makanan kat kucing mereka."
Patutnya bagilah pasir ke makanan kucing ke, supaya tak adalah macam kucing dia tu kita yang menjadi pengasuhnya secara percuma daripada tenaga buang najis dan beri makan.
Mana tahu ada jiran yang boleh buat bergaduh sekiranya isu sekecil ini pun mereka tidak ambil tahu. Malah dalam Islam pun kita tidak digalakkan memelihara haiwan jika perbuatan itu menyakitkan hati jiran-jiran sampai bawa bergaduh.
"Jangan salah anggap atau sengaja cari gaduh dengan jiran sebab kucing mereka yang jadikan rumah di taman ini, tempat lepak dan buang najis. Selama ini pun saya cuma anggap kerja bersihkan tahi kucing sebahagian amal jarian. Saya cakap ini supaya untuk elakkan bermasam muka." katanya.
Solikhin mungkin sebahagian besar pemilik rumah yang tidak pernah membela haiwan berbulu ini tetapi dia reda bila ada kucing kesayangan jiran-jirannya yang "bertandang" atau lepak di rumahnya dan meninggalkan ketulan najis yang boleh tahan baunya.
"Jiran saya tahu setiap hari saya kena bersihkan tahi kucing jiran yang berak di depan rumah kami. Saya anggap ini amal sedekah kitalah.
"Tapi jiran-jiran kena juga fahamlah, bila "bela" haiwan ini tolonglah sediakan tempat pasir takungan najis. Kita tak hendaklah pagi-pagi hendak keluar kerja asyik terpijak tahi kucing.
"Haiwan ini bukannya tahu, tapi jaga perasaan jiran sebelah." katanya sambil menasihatkan jiran-jiran yang baik sebaiknya memandulkan kucing itu untuk mengawal pembiakan.

Opah faham sebab rumah Opah pun bukan saja jadi tempat kucing lepak, makan minum yang anak-anak Opah sediakan malah najis bertaburan dalam pasu bunga. Pernah Opah pelihara 12 ekor kucing dan dimarahi jiran kerana kucing itu lepak di rumahnya dan anak-anak kecilnya ketakutan.
Akhirnya Opah menghubungi jabatan haiwan majlis pembandaran untuk membawa balik kucing ke pusat jagaan. Dua kali Opah buat begitu kerana rasanya lebih baik kita menghantar kepada majlis perbandaran daripada membuang kucing di kedai makan atau pasar. Walaupun tempat itu ada makanan mencukupi tapi nasib haiwan itu tidak selamat.
Bukan tidak boleh memelihara kucing atau anjing tetapi pemilik rumah hendaklah menjaga perasaan jiran sebelah kerana sekali haiwan itu singgah di mana-mana rumah yang ada makanan mereka akan menjadi tetamu tetap.
Kita mungkin ingat memelihara kucing sebagai teman bermain, mengurangi stres dan risiko penyakit jantung.
Namun, penting untuk mempertimbangkan tanggungjawab yang menyertainya, seperti biaya perawatan, waktu, dan memastikan kucing tidak mengganggu tetangga.
Seorang lagi jiran kami pula memberitahu sudah berkali-kali memberitahu tuan kucing berkenaan perihal haiwan mereka mengotorkan rumah di sekitarnya. "Tahu tak apa jawapan yang kami dapat? Tuan kucing jawab mudah saja, tu kan mahkluk Allah SWT biar sajalah," katanya.
Dia tidak marah dengan sikap jiran yang memelihara puluhan ekor kucing itu. Kucing ini mudah saja, kalau biasa pemiliknya sediakan keperluan asas haiwan itu tahu untuk pulang mencari makanan dan membuang najis.

Kucing boleh beranak empat kali setahun. Bayangkan setiap kali beranak dalam tiga empat ekor. Jika betul-betul mahu memelihara kucing bawalah ke klinik haiwan kerajaan untuk dimandulkan.
Kisah kawan Opah pula, Maz Hassan lagi bijak mendidik kucingnya supaya berak di tandas. Bila ke rumahnya anak-anak kucing berkeliaran di sekeliling kita tapi rumahnya tidak berbau najis atau kencing kucing.
"Ala kita letakkan kucing sejak kecil lagi di tandas, ajar dia berak, kencing lama-kelamaan haiwan itu "tahu" tu tandas. Kita hanya perlu cuci lantailah," katanya. - KitaReporters