
Seorang pengantin wanita berusia 25 tahun di wilayah Gansu, barat laut China tular dalam laman sosial.
Ini kerana pengantin yang tidak didedahkan namanya memiliki wajah mempesona sehingga ramai netizen mengganggap gambar-gambar perkahwinannya yang dimuat dalam laman sosial adalah janaan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Dalam video itu, tersebut, si pengantin kelihatan anggun dalam balutan hijab putih yang menutupi rambut, telinga, leher sehingga ke bahunya.
Banyak komen yang mempertanya keaslian wajahnya. Ada yang menyatakan dia mirip pelakon terkenal China, Fan Bingbing. Sementara ada pula yang menyangka wajah cantiknya adalah hasil pembedahan plastik.

Kerana banyak netizen yang memberi anggapan dan kesimpulan yang tidak tepat, si jurugambar akhirnya bersuara.
"Pengantin ini benar-benar wujud, usianya 25 tahun. Dan seperti kebanyakan wanita Hui, dia tidak melakukan prosedur kosmetik," kata jurugambar berkenaan kepada South China Morning Post (SCMP).
Tambahnya, paras cantik sudah menurun dalam keluarga si mempelai wanita. "Keluarganya memang cantik-cantik.
Tetapi yang menarik, pengantin ini jarang memakai mekap. Dia lebih percaya bahawa kecantikan sejati datang dari dalam," katanya lagi.
Nama si pengantin tidak didedahkan, namun perkahwinan ini menambah deretan fenomena serupa di mana wanita dari etnik Hui kerap tular kerana penampilan mereka yang menawan dan penuh pesona semula jadi.

Antara gambar perkahwinan wanita berhijab daripada etnik Hui di di wilayah Gansu, China. - Kredit foto-foto: SCMP
Fenomena ini sekali gus membuka mata ramai terhadap keberagaman etnik di China. Banyak netizen yang baru mengetahui tentang tradisi dan busana khas kumpulan Hui melalui video-video viral seperti ini.
Berdasarkan bancian tahun 2020, etnik Hui merupakan kumpulan etnik keempat terbesar di China dengan jumlah 11.4 juta orang.
Mereka tersebar di pelbagai wilayah, terutama di bahagian barat laut dan tengah China.
Etnik ini juga memiliki wilayah autonomi sendiri iaitu Wilayah Autonomi Ningxia atau Ningxia Hui Autonomous Region.
Nama ‘Hui’ sendiri dipercayai berasal dari istilah ‘Huihui’, iaitu sebutan yang digunakan untuk merujuk pada orang Uygur yang tinggal di bahagian barat China pada masa Dinasti Song Utara (960-1127M).