Insan & Komuniti 06 Jun, 2025

Opah Ngomel| Video| Sebat je! Tak larat denda, saman, penjara mat rempit! India buat hukuman rotan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Grup Editor Majalah IBUBAPA. Emel: kartini.mdnoor63@gmail.com

Share this

.



DARI lawatan ke bilik jenazah sehingga ke masjid untuk solat subuh serta solat taubat. Itu adalah antara denda pendidikan moral bagi menyedarkan mat rempit yang terbabit dalam perlumbaan jalan raya haram, bukan saja menyusahkan diri mereka malah mengancam nyawa pengguna yang tidak bersalah.

Malah ada juga mat rempit yang diminta mengheret motor mereka berkilo-kilo meter ke balai polis sambil menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai. Kena buat henjutan enjit-enjit semut berkali-kali sebagai habuan peritlah. 

Itu semua hukuman sebenarnya kecil saja berbanding risiko hilang nyawa, menyusahkan pengguna jalan yang lain. 

Malah dalam kes tertentu menyebabkan kematian atau cacat kekal dalam kalangan remaja yang tengah naik umur, sekali gus negara sudah pasti menjadi kehilangan tenaga muda.

Tu belum lagi jika ditangkap pada musim perayaan, mereka bukan saja "bermalam" di lokap, tapi lebih teruk lagi berdepan dengan saman sehingga RM10,000 di atas kesalahan berlumba. Denda sebelum ini RM300 sudah tinggal biasa bagi mereka yang tidak makan saman ini.

Apabila Opah melihat hukuman yang dikenakan oleh polis India ke atas pemuda yang ditahan berlumba itu sangat mengisafkan dan sedikit ngeri. Sebabnya mat rempit ini disebat 10 kali dengan rotan. 

Jelas ketara kesakitan yang ditanggung itu sehingga badan mereka melantun-lantun menahan sakit ketika kaki dilibas dengan rotan.



Sorang, sorang disebat sampai menangislah. Malah ada anggota keluarga di sebelah mereka pun belum tentu dapat meredakan "kemarahan" pihak berkuasa ke atas tindakan nakal mereka.

Sebelum ini viral dalam TikTok bagaimana pihak berkuasa Thailand mendenda mat rempit mereka. Anak-anak muda itu diminta mengangkat motor dan mengelilingi bulatan di jalan raya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Opah melihat perbuatan menghukum dengan rotan itu menggembalikan ingatan kepada acara rotan "beramai-ramai" budak-budak kampung yang sedang belajar mengaji di surau kecil kampung kami. 

Kena "piat" itu tidaklah sampai berbilur tangan itu. Tapi boleh tahanlah sakit tangan itu. Selepas kena rotan barulah kami dapat menghafal muqadam dengan lancar!



Jalan raya di  Malaysia yang baik bukan saja untuk kemudahan pengguna berulang alih ke tempat kerja, balik kampung atau berlegar-legar di sekitar bandar raya tetapi bila sudah lenggang pada larut malam, mat-mat rempit ini pula mengambil alih untuk menjadi litar lumba haram dengan ada itu menunggang motosikal melawan arus.

Selain penunggang motosikal, ada juga pelumba kereta yang berani mengambil bahagian dalam lumba gaya Fast & Furious dengan bayaran upah sangat lumayan.

Mat rempit ini mula berlumba sejak 1080-an dengan ganjaran hadiah wang tunai yang banyak dan ada masanya ditambah habuan perempuan atau digelar minah bohsia. Menang berlumba dapatlah wang untuk berhibur dengan ditemani minah rempit. Perbuatan itu sehingga adanya filem Rempit tu.



Tetapi Opah juga tidak menolak adanya perbuatan rempit ini telah memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda untuk mencari rezeki bekerja sebagai penghantar makanan Grab atau Panda khususnya ketika negara dilanda Covid-19 pada 2020 lalu.

Apapun yang berlaku, berlumba di jalan raya satu perbuatan biadab dan sengaja mencari kecelakaan atau maut. Malah Ustaz Azhar turut memberi petua memetik pendapat beberapa alim ulamak.

Perbuatan berlumba di jalan raya itu adalah haram. Malah mat rempit ini boleh dikatogerikan melakukan perbuatan membunuh diri! - KitaReporters


14
10
0
12
0
You will be interested