Insan & Komuniti 29 Jul, 2024

Video| Apa dah jadi? 6 mak cik mohon maaf! Berpesta arak sambil menari! Majlis resepsi perkahwinan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Satu majlis resepsi perkahwinan di Dusun Tabbuntulu, Desa Bulusibatang, Kecamatan Bontoramba, Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan, pada Khamis, 25 Julai 2024 dicemari perbuatan tidak wajar oleh sekumpulan tetamu terdiri daripada wanita yang sudah berkahwin atau mak chik-mak cik berusia lebih 30-an.

Mereka datang berpakaian sopan dengan bertudung ke majlis resepsi yang diadakan di satu tanah lapang. Namun tiba-tiba mereka menjadi ‘liar’.

Mereka  meneguk minuman keras dan terkinja-kinja mengikuti persembahan muzik dangdut koplo di pentas. Salah seorang turut merakam kegiatan ‘liar’ mereka dengan menggunakan telefon pintar.


Aksi para makcik memegang botol dan meneguk arak

Tindakan enam mak cik itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan tetamu lain dan penduduk kampung. Lalu laporan polis dibuat dan keenam-enam mak cik itu telah dipanggil ke balai polis untuk siasatan.

Keenam-enam mak cik itu kemudian memohon maaf di hadapan Ketua Polis Jeneponto pada Jumaat, 26 Julai 2024. Mereka hanya dikenali sebagai SI, WA, ME, HA, AN, dan JA.


Keenam-enam makcik memohon maaf atas kekhilafan mereka

Wana yang mewakili rakan-rakannya memohon maaf kepada masyarakat melalui sebuah video berdurasi 39 saat.

"Saya bernama Wana berteman lima orang yang ada di dalam video yang tersebar dalam akaun Facebook Indar Ayu sedang berjoget sambil menuangkan minuman keras dan diiringi dengan muzik. maka kami berteman memohon maaf atas kejadian tersebut terkhusus kepada masyarakat Desa Bulusibatang dan Kabupaten Jeneponto pada umumnya," kata Wana. 

Perlakuan kurang wajar golongan mak cik-mak cik ini tular setelah mula disebar dalam akaun Facebook Indar Ayu dan disiar semula oleh sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik Indonesia. - KitaReporters



11
6
0
17
1
You will be interested