Persaingan sengit dalam bidang pelancongan membuat syarikat pengendali objek pelancongan mencari pelbagai cara untuk menarik seramai mungkin pelawat.
Sebuah taman tema air iaitu Taman Bermain Wisata Purbawahana di Jalan Raya Banjaran Balamoa, Desa Purbayasa, Kecamatan Pangkah, Kabupaten Tegal, Jawa Tengah pada pagi Sabtu, 20 Julai 2024 menganjurkan pertandingan kaum ibu menangis sekuat dan sesedih mungkin.Ia adalah satu cara pihak pengurusan taman tema air itu untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Hadiah yang ditawarkan setakat biasa-biasa sahaja dengan hadiah keseluruhan cuma Rp2 juta (RM600). Johan mendapat Rp500 ribu (RM143), naib johan pula Rp300 ribu (RM86) dan tempat ketiga Rp200 ribu (RM57). Sementara 20 peserta lain pula menerima hadiah saguhati bernilai Rp50 ribu (RM14) setiap seorang.
Ratusan golongan ibu-ibu datang untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan ini. Namun pihak penganjur hanya mengehadkan 200 penyertaan sahaja.
Jumlah pengunjung taman tema air itu meningkat drastik pada hari penganjuran pertandingan itu.
Pemilik taman tema air itu bercadang untuk menganjurkan pertandingan unik dengan tema berlainan pada masa akan datang dan akan menambah jumlah hadiah.