Insan & Komuniti 27 Jul, 2023

Video| Syabas Zayan dan MyCare! Misi Qurban @ Nepal! Sumbang 30 ekor kerbau di Rajbiraj dan Zandaur!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Zayan dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili Anas Tahir, personaliti Zayan Pagi, bersama sukarelawan dari MyCare telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada

penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada bulan Jun 2023 lalu.

‘Misi Qurban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal.

Perjalanan ini dimulakan dengan proses pencarian haiwan korban untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada

masyarakat setempat. 

Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan dari Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama penduduk di Nepal.



Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia. 

Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.

Sementara itu, Anas Tahir berkata, “Zayan dan MyCare amat berbesar hati dapat merealisasikan ‘Misi Qurban @ Nepal’ dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. 

"Persiapan dan penyediaan korban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat. 

"Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas

sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini. 

"Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube Zayan.”

Peminat Zayan boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan

yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube Zayan. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
8
0
14
0
You will be interested