Insan & Komuniti 22 Jul, 2022

"Diri nak, tahan sikit lagi, abah ada ni, sandar ke abah. Abah ada belakang ini!" Ayah, kau hero!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Detik pemuda itu jatuh akibat panas terik.


ORANG kata anak muda ini seorang yatim piatu yang dibesarkan oleh bapa saudaranya sehingga berjaya menjadi pegawai penguat kuasa dan kasih sayang 'bapa' itu jelas terpapar hebatnya, ketika dia menjadikan dirinya sebagai benteng agar 'anaknya' tidak terjatuh ketika berkawad.

Detik cemas itu berlaku ketika acara berkawad sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, pada Khamis, 21 Julai 2022 yang kemudian dimuat naik oleh Menterinya, Alexander Nanta Linggi dalam Facebook dan Instagramnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seorang ayah


Alexander Nanta Linggi 


Kisah kasih seorang ayah itu sangat menyayat hati dan menarik belasan ribu netizen yang memuji dan sesetengahnya menangis sebak kelihat kepayahan lelaki itu cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh dengan berdiri semula di belakangnya dan terus memapahnya.


Elyn Melinda.. sebak.


Seorang netizen, Elyn Melinda berkata, dia terasa macam ayah anak muda itu seperti berbisik "Diri nak, tahan sikit lagi, abah ada ni, sandar ke abah. Abah ada belakang ini."

 "Aduh.. saya baca ayat ni, auto mengalir air mata," demikian kata Nazmira Zd sambil ulasannya disambung oleh Yushi Yukira yang turut menulis, "Serius aku nangis. Aku nangis. Pandanganku kabur. Nak taip dah tak nampak."

Ummah Srikandi yang memuji sikap bapa saudara pemuda itu berkata, "kasih ayah ibunda sampai syurga. Tak kala melihat anaknya dalam masalah, tanpa berlengahkan masa terus dia memapak anaknya. Terbaik pakcik."



Bekas anak seorang penguatk uasa penjara, Hafizan Jamal (gambar atas) dalam FBnya turut menyatakan rasa hatinya, "Sebak... betapa pengorbanan seorang ayah sangat bermakna. Teringat tempat ni rezeki arwah abah dalam karier bersama unit pakaian seragam."

Dia terkenang semula saat tamat latihan anugerah tauliah perkhidmatan arwah abahnya. "Datuk bersemangat menonton sampai habis. Anak-anak pula masih kecil dan berpeluang melihat majlis rasmi. 

"Merasalah juga berpanas terik berjemur tengok acara kawad rasmi Jabatan Penjara. Rombongan Johor ke Kajang . Dulu hutan keliling. Belum ada kemudahan macam sekarang. Mulalah berpelukan dan bergenang air mata. Arwah datuk membelek buku program dibelek tulisan nama anak (arwah abah). 

"Hebat dan bangganya datuk. Inilah kasih sayang seorang ayah gigih membesarkan anak tanpa belaian ibu dan mencari rezeki," katanya yang kini turut menabur bakti dalam bidang pendidikan sekolah khas dan penulisan.




Alexander yang turut sebak dan menitis air mata menyaksikan peristiwa itu memuat naik lirik lagu Berkorban Apa Saja, dendangan Allahyarham P Ramle bagi menggambarkan detik cemas itu yang membuatkan tetamu menitiskan air mata. 

"Kasihnya ayah... Berkorban nyawa... Biarlah jiwa... Akan tersiksa... Ikhlas dan rela... Asalkan bahagia."

Beliau mengulas, "Banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar ini. Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu. Sehingga terlucut selipar yang disarung. Namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata.

"Mereka  yang hadir menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya. Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.

"Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali." katanya.

Alexander menasihatkan kepada anak-anak  yang masih ada insan bergelar ayah - hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan


Tidak sanggup melihat anaknya pengsan, bapa terus bekejar masuk padang kawad, angkat anaknya dan menjadikan diri benteng anaknya. Ayahnya kehilangan selipar ketika membantu anaknya.


Muat naik paparan perasaannya mendapat 11k suka,  740 komen dan 8.3k perkongsian.

Beliau turut memetik kata-kata Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam yang tidak akan tunduk dengan tohaman kerana Tuhan tahu apa yang pegawai-pegawainya lakukan. Semuanya adalah semata-mata untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Sebagai menteri yang menjaga kakitangan penguatkuasa itu, demi aspirasi kepimpinan negara dan hasrat rakyat kepada kita, kami sentiasa bersedia berkhidmat bersama perwira yang tidak didendang ini, mengangkat martabat penguatkuasa sebagai pasukan yang terbaik di negara." kata Alexander lagi. 

Selamat Menyambut Hari Penguat Kuasa Ke-50 Tahun 2022 kepada semua anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara. Anda perwira, hulubalang Malaysia. - KitaReporters


18
8
1
16
0
You will be interested