Insan & Komuniti 15 Feb, 2023

Video| Setiap hari, 12 tengah hari! My QuranTime 2.0! Tingkatkan amalan ibadat, dalami isi al-Quran!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Pada bulan Rejab ini menyusuri Syaaban umat Islam dituntut menghidupkannya dengan amalan-amalan ibadat sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Dalam usaha ke arah itu, TV9 membawakan My #QuranTime (MQT) 2.0 khas buat penonton untuk meneroka isi kandungan Al-Quran dan mengenali kitab suci bagi umat Islam dengan lebih mendalam. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan al-Quran


Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) dan didanai oleh penginfak dan pewakaf melalui Tabung Gerakan Al-Quran, MQT 2.0 yang sudah mula bersiaran sejak 5 Februari 2023 lalu disiarkan setiap hari pada pukul 12.00 tengah hari.

Lebih istimewa MQT 2,0 yang berdurasi selama satu jam akan bersiaran sebanyak 2,114 episod pada tahun ini dengan memaparkan empat segmen iaitu bacaan surah, kisah di sebalik surah, tajwid dan tadabbur.

Ia menampilkan ustaz dan qari yang terkenal seperti Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur, Ustaz Tarmizi Ali sebagai qari serta Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Azlina Mohamed Isa. 



Pada mulanya, program ini diperkenal untuk mengisi dan meningkatkan semangat rakyat yang tertekan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dua tahun yang lalu melibatkan sesetengah keluarga, saudara mara, sahabat handai bahkan seluruh

dunia.  

Pengembaraan ini bakal membawa anda meneroka al-Quran bermula dari surah Al-Fatihah hingga ke juz yang terakhir. 

Bahkan MQT 2.0 juga adalah suatu usaha bagi membantu umat Islam untuk meningkatkan penghayatan dalam solat dan hafazan.

Jadi bagi mereka yang mahu belajar untuk menghayati Al-Quran melalui hafalan dan pemahaman Al-Quran melalui tadabbur serta bacaan yang mantap melalui tajwid serta tahsin, sebaiknya mengikuti program MQT 2.0 ini setiap hari.

Juga istimewanya lagi kali ini, kajian yang dilakukan oleh YWUI untuk MQT kali ini dilakukan secara lebih mendalam untuk setiap satu pertiga daripada 604 halaman al-Quran modul Quran Al-Hafiz yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri.



Sehubungan itu, marilah kira ramai-ramai saksikan MQT 2.0 pada bulan mulia ini. Namun bagi yang terlepas waktu siaran kerana tuntutan kerja jangan khuatir kerana program keagamaan ini boleh ditonton kembali pada siaran ulangannya bermula dari episod satu dan episod selanjutnya  setiap hari pada pukul 4.30 pagi.

Jika waktu tersebut juga menghalang apa kata rekodkan sahaja siaran itu dan ditonton pada bila-bila masa yang selesa, Lebih mudah kan?

Apa pun, selamat menyambut Malam Nisfu Syaaban yang dijangka jatuh pada 7 Mac 2023 malam Rabu sebaik sahaja masuk waktu maghrib. - KitaReporters


17
9
0
11
0
You will be interested