Insan & Komuniti 11 Dec, 2022

Video| Jadi inspirasi! Gadis berjaya genggam ijazah, siapkan tesis! Meskipun diuji ibu, ayah sakit!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


KISAH hebat seorang graduan berjaya menamatkan pengajian walaupun hampir berputus asa untuk menyiapkan tesis beliau pada tempoh akhir pengajian setelah diduga dengan dugaan ibu dan ayahnya sakit menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @Sweety_D’sert, kelihatan gadis itu berkongsi cabarannya sebagai mahasiswa bermula setelah ayahnya menjalani pembedahan yang menyebabkan tiga jari dipotong

Kata Sharifah Nur Diana Syed Jaafar Putra, ibunya pula diuji penyakit buah pinggang yang kronik memerlukan rawatan dialisis


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis konvokesyen


Beliau yang merupakan graduan dalam bidang Antroplogi dan Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut mendapatkan nasihat dari penyelia beliau bagi menangguhkan penghantaran tesis beliau bagi memberi tumpuan menjaga ibu ayahnya.

Meskipun diberi pengecualian untuk penangguhan, beliau tetap berusaha gigih menyiapkan tesis sambil menjaga bapanya di hospital.

“Abah kena operation yang memerlukan tiga jari kaki dipotong, masa ini masih semangat mahu habiskan degree yang berbakikan thesis, intern dan kemudian graduasi.

“Abah kena transfer ke CVS KL. Abah kuat semangat dan tak pernah tunjuk yang abah sedih. Tapi keadaan abah makin kritikal, jangkitan makin merebak sehingga perlu lakukan pembedahan potong kaki sampai paras bawah lutut. Oksigen abah pun makin menurun.

“Masa ni 'down' sangat. Tak dapat fokus tulis tesis. Rasa semangat tu separuh dibawa pergi. Alhamdulillah keadaan abah makin baik. Diana percaya abah kuat semangat. 

"Tetap perlu fokus teruskan menulis tesis. Teman abah dialisis tiga kali seminggu pun kadang bawa laptop dan alhamdulillah Allah permudahkan. Tibalah masa untuk pergi intern pula," kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga terhadap segala ketabahan dan semangat tidak putus asa graduan hebat tersebut serta mengucapkan tahniah di atas kejayaannya bergraduasi walaupun diuji dengan hebat. - KitaReporters



“Tahniah awak, saya bangga dengan awak. Awak banggakan ibu bapa awak, saya saksi awak sudah menjadi anak yang terbaik. Moga dalam jagaan, pelukan dan lindungan dari Allah,” kata @min_min.

“Ya Allah cekalnya hati kakak. Moga Allah kurniakan kami kecekalan hati seperti ini. Syurga buat kakak dan keluarga, ameen,” doa @Ssyazwaniii.

“Tahniah, sangat bangga dengan anda, saya menangis,” jelas @Iesa. - KitaReporters


11
11
0
7
0
You will be interested