
Antara yang hadir pada program Kedah Bersih Peringkat Daerah Kuala Muda di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada 16 Jun 2025.
Kira-kira 2,000 orang penghuni dari 480 rumah di Flat Paya Nahu, daerah Kuala Muda, Kedah terus menghadapi pelbagai masalah sejak dulu hingga sekarang kesan daripada "kebersihan flat tidak dijaga dengan baik".
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes hingga boleh membawa kepada penyakit deman denggi.
"Sebelum berlangsung LIMA 2025 di Langkawi, baru-baru ini, saya ada juga mengarahkan semua pengusaha hotel di Langkawi, supaya memberi perhatian serius agar tempat air bertakung bagi pembiakan nyamuk Aedes turut dimusnahkan.
"Bagaimanapun, saya amat puas hati kerana sambutan LIMA 2025 di Langkawi berjalan dengan lancar dan tiada ada laporan pelancong asing sewaktu acara itu berlangsung terkena deman denggi dan kes-kes lain berpunca dari nyamuk," katanya sempena perasmian program Kedah Bersih Peringkat Daerah Kuala Muda di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada 16 Jun 2025.

Mansor Zakaria (kanan) melihat Dr. Rahimah Ab Razak menanam pokok serai.
Menurutnya, penduduk di negeri Kedah perlu melakukan aktiviti gotong royong dari semasa ke semasa bagi membersihkan kawasan kediaman masing-masing tanpa bersikap jemu.
"Tinggal dalam kawasan perumahan penuh kekotoran memanglah jadi masalah besar bagi sesiapa sahaja," katanya lagi.
Program diadakan itu anjuran Pertubuhan Alam Hijau Lestari daerah Kuala Muda dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Persatuan Mama Combi daerah Kuala Muda.
Pegawai Perubatan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit daerah Kuala Muda, Dr. Rahimah Ab Razak berkata, aktiviti gotong royong seperti ini, perlu diteruskan.
"Pihak Pejabat Kesihatan akan terus memberi kerjasama," katanya.

Suraiya Hashim (kiri) menunjukan pokok serai dan bunga tahi ayam yang akan ditaman sempena program kebersihan.
Sebelum itu, terdapat 64 kes berpunca dari nyamuk Aedes di Taman Sejati, di Taman Ria (60 kes), di Taman Bandar Baharu (40 kes), di Taman Kelisa A (16 kes), dan yang terbaharu di Taman Seri Gedong (7 kes).
Pengerusi Persatuan Mama Combi daerah Kuala Muda, Suraiya Hashim pula berkata, ahlinya seramai 53 orang akan segera turun padang bagi menjalankan pelbagai aktiviti membersih kawasan taman perumahan dan lain-lain.
"Antara aktiviti yang dijalankan bila diadakan gotong royong itu, termasuk menanam pokok serai dan pokok bunga tahi ayam dan nyamuk di kesan tidak begitu menyukai untuk tinggal di kawasan yang ada tanaman pokok jenis itu," katanya. - KitaReporters

Peserta program bergambar kenangan semasa menjayakan Program Kedah Bersih Peringkat Daerah Kuala Muda.
Tags:
#kebersihan
#gotong royong
#demam
#pembersihan
#tanam pokok
#Kuala Muda
#nyamuk
#demam denggi
#jaga kebersihan
#pembiakan
#pembiakan nyamuk
#Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
#Exco Negeri Kedah
#nyamuk Aedes
#Flat Paya Nahu
#Mansor Zakaria
#Kedah Bersih
#Pertubuhan Alam Hijau Lestari
#PKD Kuala Muda
#Persatuan Mama Combi
#Dr Rahimah Ab Razak
#Suraiya Hashim