Insan & Komuniti 29 Jul, 2021

Video| Penganggur umur 20 tahun kebingungan? Nikahi 2 kekasih sekali gus dalam masa sehari!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

HEBAT... Korik yang berusia 20 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap mampu berkahwin dua isteri sekali gus dalam masa sehari yang disaksikan oleh warga desa di Lombok Tengah pada 21 Julai 2021. - Kredit Foto : Tribunnews.com


BAK kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia tiada siapa yang tahu" dan dalam hal ini ia terjadi ke atas seorang penganggur, Korik Akbar, 20, telah menjadi viral dalam media sosial apabila lelaki itu menikahi dua wanita termasuk bekas kekasihnya dalam masa serentak

Siapa sangka, pada usia yang muda tanpa mempunyai sebarang pekerjaan yang  tetap tetapi kedua-dua isterinya tetap menyayangi serta mengasihi seadanya terhadap Korik itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan


KORIK AKBAR


Kejadian itu berlaku apabila Korik dari warga desa Kuta, Lombak Tengah, Nusa Tenggara Barat merancang pada awalnya untuk bernikah dengan Nur Khusnul Kotimah, 20, pada 21 Julai 2021 lalu.

Namun sebaik sahaja majlis akad nikah antara Korib denagan Nor Khusnul itu akan diadakan, tiba-tiba bekas kekasih Korik, Yuanita Ruri, 21, muncul di rumahnya dengan tujuannya untuk bernikah juga dengan lelaki itu.

Suasana ketika itu kecoh seketika tetapi setelah Korik berbincang dengan ahli keluarganya akhirnya dia menikahi juga dengan Yuanita pada hari tersebut.

``Saya tidak menyangka dia (Yuanita) datang ke rumah saya dan terkejut saya tetapi setelah keluarga berunding. Saya harus menikah kedua-duanya, mas kawin mereka juga sama masing-masing Rp1.75 juta (kira-kira RM513),’’ katanya seperti dipetik oleh Kompas.com pada Rabu 28 Julai 2021.



Pernikahan Korik dengan kedua-dua isterinya sekali gus dalam masa sehari itu dirakam sebuah video sehingga ia menjadi vairal dalam media sosial.

Dalam video tersebut, Korik berada di tengah-tengah diapit oleh kedua-dua isterinya yang masing-masing berbaju pengantin berwarna putih.

Korid melangsungkan ijab kabul secara bergantian bermula dengan Nur Khusnul.


 NUR KHUSNUL KOTIMAH


Dalam pada itu, dipetik laporan Tribunnews.com berkata, tindakan pemuda itu berkahwin dua isteri dalam masa serentak itu kerana dikatakan dia bertanggungjawab terhadap kedua-dua gadis itu yang sebelum ini pernah menjadi kekasihnya.

``Dia (Nur Khusnul dan Yuanita) pancaran saya dan mereka suka sama saya, dia mahu nikah sama saya maka saya nikahlah mereka setelah mendapat persetujuan keluarga saya.

``Kini semua masalahnya sudah selesai tetapi saya masih binggung memikirkannya kerana tidak mempunyai apa-apa pekerjaan untuk menyara kehidupan kedua-dua isteri saya,’’ kata Korik.


YUANITA RURI


Nur Khusnul ialah warga Desa Batugulung, Desa Prabu, Lombok Tengah yang merupakan isteri pertama mengaku dia baharu mengenali Korid beberapa bulan lalu melalui Facebook.

Manakala Yuanita berasal dari warga Dusun Sade, Desa Rembitan, Lombok Tengah adalah bekas kekasih Korik dan mereka mula bercinta sejak tahun 2016.



Sementara itu, Nur Khusnul berkata dia dapat pasrah dan reda walaupun suaminya mempunyai dua isteri.

Dia berkata, bekas kekasihnya mengetahui rancangan pernikahan mereka melalui media sosial.

``Dia tahu kami akan menikah dalam Facebook kerana banyak kawan yang posting ucapan selamat dan ucap taniah kerana daripada info-info seperti itu menyebabkan madu saya  (Yuanita) tiba-tiba datang mahu dinikahkan juga.

``Saya tidak mampu berbuat apa-apa, namanya sudah takdir maka saya terima segala-galanya ketentuan daripada Allah,’’ ujarnya. - KitaReporters


8
6
0
2
3
You will be interested