Insan & Komuniti 27 Jan, 2026

Kempen Ahad berkebaya berjaya! Kini giliran Ahad bercheongsam pula dilancarkan! Sempena CNY 2026!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

MENGGAYAKAN koleksi cheongsam sebagai penyatuan budaya khususnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2026 ini menjadi kempen kedua yang dilakukan selepas sambutan luar biasa kempen menggayakan kebaya setiap Ahad yang dilancarkan Januari 2026.




Pengasas yang juga Presiden Miss Kebaya Malaysia (MMK), Dr Jason Hee Jee Ping, berkata bagi meraikan CNY, tiada yang lebih menarik lagi bila diselitkan acara kedua itu adalah program berpakaian rasmi kaum Cina Malaysia.

Acara peragaan dan perhimpunan tu dijangka disertai oleh ramai pemilik buktik dan ahli perniagaan yang akan diadakan pada 22 Februari 2026 di Kompleks Beli Belah Pavillion Damansara Height.

Tema berpakaian koleksi tradisional dalam gaya warisan, bukan setakat ditampilkan cheongsam malah ada juga qipao dan hanfu iaitu satu tradisi pakaian zaman silam yang menjadi lambang rasmi pakaian permaisuri dan wanita istana China ketika jalinan perdagangan antara China dan Melaka pada abad ke-15.

Bila kebaya Malaysia diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO ) pada tahun 2024, sebenarnya cheongsam dan pakaian tradisional dan kebaya, sudah lama diiktiraf sebagai pakaian rasmi Malaysia-China.

Dan  kini usaha untuk menggembalikan kemashyuran itu dengan adanya usaha menggerakkan kempen memakai pakaian tradisional negara termasuk juga batik sebagai pakaian "basahan" setiap Ahad.


Dr Jason Hee Jee Ping


Idea yang dikemukakan oleh Miss Kebaya Malaysia ini turut disokong secara tidak langsung oleh pempengaruh terkenal Khairulaming yang mengasaskan Rembayung. 

Tepatkan sokongan tu sangat dialu-alukan bila Khairulaming (Khairul Amin Kamarulzaman) turut menggalakkan orang ramai mengenakan pakaian tradisional pelbagai bangsa pada hujung minggu.

Dr Jason berharap budaya menghidupkan pakaian tradisional negara ini memberi promosi kepada kekayaan khazanah seni negara dan kepelbagaian budaya yang dikongsi bersama.

"Sempena festival CNY, MMK mahu meraikan tahun ini (2026) penuh bergaya dengan paparan warisan, budaya dan fesyen dalam perhimpunan disulami dengan gaya anggun, tradsional dan bersatu padu," katanya dalam satu kenyataan kempen berkenaan.

Beliau berkata dalam peragaan fesyen itu akan diserikan dengan acara seni kebudayaan Cina dan perarakan model yang menggayakan pelbagai fesyen tradisional.

Selain itu akan diadakan penyerahan anugerah penyertaan dan festival CNY sebenarnya berhajat menjadi medan pertemuan ahli perniagaan yang memberi peluang kepada mereka untuk bertukar maklumat.


@saudagaronlinee hari ini semua pakai baju cantik macam datang kenduri kawin #fyp #rembayung ♬ original sound - REMBAYUNG@VTTonly


Dr. Jason Hee adalah pengasas dan tulang belakang utama yang menggerakkan kempen mengadakan Minggu Fesyen Selangor, Presiden the Malaysia Fashion Modeling and Pageant Awards (MFMPA) dan Diplomasi Pertukaran Kebudayaan ASEAN (ACFX) .

"Kita mahu menjadikan pentas MMK ni sebagai serampang yang akan menyatu keakraban berterusan menggembeling kerjasama  pereka fesyen, model, duta kebudayaan ASEAN dan pemain utama industri pelancongan ke arah mencapai matlamat menjadikan perarakan kebaya terpanjang untuk direkodkan di dalanMalaysia Book of Records. - KitaReporters


16
6
0
8
0
You will be interested