Insan & Komuniti 07 Feb, 2022

Video| Rumah tangga runtuh! Isteri robohkan rumah RM87,000! Angkara suami ada wanita selingkuh!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

JENTERA ekskavator sedang meroboh rumah Sudarmi di Desa Kedungbanteng, Kecamatan Sukorejo, Jawa Timur pada 2 Februari 2022 lalu. - Kredit foto: Detikcom


NIAT di hati tidak mahu berpisah selagi hayat dikandung badan tetapi apakan daya apabila isteri mengetahui suaminya curang kerana ada wanita selingkuhnya menyebabkan mereka sering bergaduh yang akhirnya mereka bercerai untuk mencari jalan  terbaik dalam kehidupan mereka.

Dalam hal ini, ia telah mengakibatkan seorang isteri di Ponorogo, Jawa Timur selepas patah hati lalu nekad untuk merobohkan sebuah rumah yang pernah dia tinggal bersama suaminya berharga Rp300 juta (RM87,000) pada 2 Febuari 2022 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan rumah dirobohkan

SUDARMI


Alasannya, isteri itu yang bernama Sudarmi, 35, begitu marah kerana rumah yang dibina sejak lima tahun lalu di Desa Kedungbanteng, Kecamatan Sukorejo atas tanah milik bapa suaminya bernama Purwanto, 40, itu adalah sebahagian besar adalah wang Sudarmi yang bekerja di Jakarta.

‘’Sekarang saya sudah bercerai sejak sebulan lalu dan kini saya mendengar khabar Purwanto akan berkahwin dengan wanita selingkuhnya tidak lama lagi.


RUMAH Sudarmi yang menelan belanja Rp300 juta siap dibina pada 2017. -  Kredit foto: Detikcom


\


‘’Saya sudah menjadi janda dan tidak mendapat apa-apa pun selepas berpisah dengan Purwanto maka adalah sewajarnya saya menghancurkan rumah itu supaya dia (Purwanto) tidak dapat tinggal di rumah itu bersama isteri baharunya,’’ kata Sudarmi seperti dilaporkan Serambinews.com pada 4 Febuari 2022 lalu.

Berikutan dengan itu, Sudarmi yang mempunyai dua orang anak hasil dariapda perkahwinan mereka telah menyewa sebuah ekskavator untuk meroboh rumah berkenaan dalam masa selama dua hari bermula pada petang 2 Februari 2022.


 

Kredit foto: Detikcom


Video detik-detik rumah itu  dimusnahkan oleh jentera berat sehingga kawasan tapak rumah itu menjadi rata telah viral dalam media sosial.

Ketika rumah itu dirobohkan, Sudarmi hadir untuk melihat kerja-kerja meruntuhkan rumah itu selain kelihatan beberapa anggota polis mengawal lokasi itu agar kejadian yang tidak diingini berlaku.



Sementara mantan suaminya tidak terlihat di sekitar lokasi sejak rumah yang pernah didiami pasangan suami isteri terbabit selama ini dirobohkan pada hari tersebut.

‘’Soalnya saya berbuat begini kerana ada orang ketiga dalam rumah tangga saya dan disebabkan orang ketiga, saya sanggup hancurkan rumah itu.


KERJA-KERJA merobohkan rumah Sudarmi sedang dilakukan. - Kredit foto: Detikcom


‘’Kini harapan saya untuk tinggal selamanya di rumah itu bersama suami (Purwanto) dan anak-anak  hancur berkecai seperti hancurnya rumah saya yang dirobohkan itu,’’ kata Sudarmi.

Purwanto telah menjalini hubungan selingkuh dengan wanita itu sejak dua tahun lalu. - KitaReporters


Kredit foto: Tribunnews.com 

12
11
0
11
1
You will be interested