Insan & Komuniti 27 Jun, 2020

Joe Flizzow, Marini Ramlan nikah! Majlis resepsi akhir 2020

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PENYANYI hip-hop terkenal, Joe Flizzow, 41, yang selamat bernikah dengan Marini Ramlan, 42, tetap berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka, tetapi mungkin pada hujung tahun 2020 ini apabila pandemik Covid-19 sudah terkawal. Walaupun majlis resepsi boleh berlangsung mulai 1 Julai 2020, tetapi ia perlu mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP). Ini bermakna jumlah kehadiran kenalan dan peminat terpaksa disekat. : KitaReporters

Pernikahan Joe dan Marini berlangsung sederhana mengikut SOP. - Kredit foto: IG@ miss_deeds


Joe Flizzow atau namanya Johan Ishak akhirnya bergelar suami kepada pilihan hati, Marini Ramlan di ibu negara, pagi tadi, Jumaat, 26 Jun 2020.

Majlis pernikahan berlangsung secara ringkas mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Mengikut perancangan asal, majlis perkahwinan tersebut sepatutnya berlangsung pada April 2020 lalu, namun ditangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemic Covid-19.

"Alhamdulillah, majlis berlangsung penuh bermakna. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” kata Joe dalam satu kenyataan.

Pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dengan emas kahwin sebanyak RM80. 

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan pengantin dilihat mengenakan busana tenun Pahang berwarna krim. 

Marini akhirnya sah menjadi isteri Joe Frittzow


Joe dan Marini yang berkenalan sejak 15 tahun lalu, menjalin hubungan serius mulai 2016. Pasangan ini bertunang pada 29 Disember 2019.

Pasangan ini tetap akan mengadakan majlis resepsi, namun belum menetapkan tarikhnya, mungkin akan berlangsung hujung tahun ini apabila pandemic Covid-19.

Ini kerana walaupun majlis resepsi perkahwinan boleh berlangsung mulai 1 Julai 2020 tetapi ia perlu mengikut SOP.

Ini bermakna menyekat kehadiran kenalan dan peminat yang agak banyak.

Joe Frittzow adalah anak kepada bekas wartawan Aishah Ali dan Allahyarham Ishak Nengah. Sementara Marini merupakan pelukis professional.
Foto-foto pernikahan dirakam oleh adik Marini, Didi Ramlan dalam Instagramnya @missdeeds. - KitaReporters

@misdeeds_ : Covid wedding vibes. Pretty much thought of you as a brother a while back but welcome to the family officially @flizzow. @ninimarini_ you're the prettiest bride I've ever seen. May you both be blessed with all the love in the world. Love you guys.

1
2
0
0
0
You will be interested