Insan & Komuniti 28 Oct, 2020

Pengotornya! Bilik kakak dipenuhi sampah, botol air kencing!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

WANITA kalau cantik tapi pengotor tiada guna... hilang serinya! Mungkin itu yang boleh digambarkan kepada seorang wanita di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) yang sanggup hidup dalam timbunan sampah dengan botol air kencing disorok di bawah katil. : KitaReporters


BERSEPAH dan tidak terurus bilik yang didiami kakaknya selain dipenuhi sampah sarap. - Kredit foto: TikTok collroy.


Lagi cerita-cerita berkaitan sampah:

https://kitareporters.com/search?search=sampah


Memetik laporan dailystar.co, Colleen Cameron seorang mahasiswa sebuah universiti mengakui terkejut melihat bilik, yang pernah didiaminya sebelum kakaknya selepas dia mendaftar masuk ke universiti, menjadi tempat pengumpulan sampah dan berada dalam keadaan yang tidak terurus. 

Lebih mengejutkanbilik yang terletak di bawah tanah (basement) itu dipenuhi dengan timbunan baju yang tidak dibasuh sehingga menghalang laluan, sampah-sarap serta bekas makanan yang tidak dibuang.

Malah lebih mengejutkan, Cameron menemukan puluhan botol air mineral yang tersembunyi di bawah katil yang dipenuhi air kencing.


BOTOL air yang dipenuhi dengan air kencing memenuhi biliknya yang dijumpai tersembunyi di bawah katil di biliknya.


Untuk saksikan video TikTok : https://www.tiktok.com/@collroy/video/6887045734991023366


Alamak teruknya…ni bukan pengotor biasa-biasa lagi!

Malah dalam klip video yang dikongsikan, Cameron tidak menyangka kakaknya seorang yang pengotor. Malah remaja itu mempersoalkan tindakan kakak dan kekasihnya yang pemalas dan sanggup kencing di dalam botol.

Menerusi perkongsiannya dia yang tidak sanggup melihat keadaan yang kotor itu mengambil masa selama empat jam untuk mengemas dan mencuci bilik berkenaan.



AKHIRNYA kembali bersih selepas mengemas dan membersihkan bilik selama empat jam.


“Di sini saya sedang mencuci dan bilik ini akan menjadi bilik saya,” katanya menerusi rakaman video. Kongsinya lagi, bilik itu didiami kakaknya selepas dia memasuki universiti.

“Selepas saya daftar ke universiti, kakak saya berpindah bilik dari di basemen ke bilik saya di tingkat atas. Kini saya ditinggalkan dengan bilik basemen ini dan tidak sangka begini jadinya,” ujarnya lagi.

Dia kemudian menghias di bilik berkenaan selain membuat dekorasi di dinding biliknya termasuk menghias dengan lampu.

Kisah dia membersihkan bilik yang dipenuhi botol berisi air kencing itu menjadi tular sehingga menerima tontonan lebih 6 juta. - KitaReport

2
3
0
1
7
You will be interested