Insan & Komuniti 03 Nov, 2020

Hilang sabar sebab dihina! Punca suspek bunuh Siti Nur Surya

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

RAKAN baik Siti Nur Surya Ismail, 19,  yang terbunuh pada kira-kira pukul 9.30 pagi pada Ahad, 1 November 2020 mengaku dia membunuh mangsa kerana mangsa menghina dirinya semasa dia berkunjung di rumah Siti Nur Surya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada hari kejadian. Ia seterusnya mencetuskan pergaduhan. : KitaReporters 


SUSPEK yang berumur 19 tahun ditahan reman selama 14 hari


Lagi cerita-cerita berkaitan pembunuhan:

https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan


Suspek yang juga berumur 19 tahun merupakan rakan sekolah mangsa berbuat demikian kerana hilang kesabaran apabila Siti Nur Suria didakwa menghina dan merendah-rendah rupa paras suspek yang tidak cantik serta status keluarga suspek

Akibat penghinaan itu suspek mendakwa berlakulah pertengkaran dan pergaduhan antara dia dengan mangsa sehingga mangsa dibunuh dengan sebilah pisau


SITI NUR SURIA ISMAIL - Kredit foto: Bernama


Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pengakuan suspek terbabit dibuat selepas dia datang memberi keterangan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 pagi pada Isnin, 2 November 2020. 

Bagaimanapun, katanya, ketika soal siasat itu polis sudah mengesyaki sesuatu terhadap suspek kerana terdapat kesan lebam serta gigitan di tangannya dipercayai akibat pergaduhan sebelum suspek mengaku membunuh mangsa itu. 

Sebelum kejadian itu, suspek pergi ke rumah Siti Nur Suria  semata-mata untuk berjalan dan berbual kosong dengan mangsa yang merupakan seorang kawan rapat kepada suspek. 



``Ketika mereka sedang berbual berlaku pertengkaran kerana mangsa (Siti Nur Suria) dikatakan menghina rupa paras suspek serta lakar belakang keluarga suspek yang miskin berbanding dengan keluarga mangsa. 

``Suspek yang panas hati dengan kata-kata mangsa itu lalu berlaku pergaduhan sebelum suspek bertindak menyerang mangsa dengan sebilah pisau yang kebetulan berada di tempat kejadian itu,’’ katanya. 

Roslee berkata kedua-dua gadis terbabit itu bergelut menyebabkan Siti Nur Suria cedera ditikam pada bahagian muka, leher dan dada dengan menggunakan senjata tajam. 

Suspek kini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. - KitaReporters


10
3
28
2
39
You will be interested