Insan & Komuniti 20 Nov, 2020

Untung rakyat Terengganu! Pencen bulanan untuk warga emas!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

BUKAN sahaja kakitangan kerajaan yang bekerja tetap sahaja mendapat pencen bulanan, malah warga emas rakyat Terengganu juga bakal menikmati kemudahan sama tidak lama lagi. Nasib warga emas di negeri ini memang beruntung walaupun bukan pekerja tetap tetapi usaha yang dilakukan kerajaan negeri membantu golongan terbabit sedikit sebanyak dapat meringan beban kehidupan seharian. : KitaReporters


Warga emas di Terengganu bakal menerima pencen bulanan. - Gambar Hiasan


Lagi kisah-kisah berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Pencen sebanyak RM50 sebulan kepada warga emas yang layak walaupun tidak seberapa namun sudah cukup sebagai tanda prihatin pihak terbabit kepada warga emas berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, warga emas yang layak boleh membuat permohonan menerusi  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di tempat masing-masing. 


Hanafiah Mat


Katanya, MPKK sedang mengedarkan borang permohonan Pencen Rakyat Warga Emas tersebut bagi diisi mereka yang layak.

Beliau berkata, penerima akan ditentukan melalui analisis data yang akan dibuat oleh pejabat daerah.

Hanafiah berkata, bakal penerima pencen itu pastinya bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Perkeso dan penerima pencen sedia ada. "Hanya dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada sumber pendapatan tetap,” katanya. 


Poster pemakluman sudah diedar mengikut DUN di seluruh Terengganu


Selain itu katanya, dalam satu keluarga, seorang warga emas yang layak akan menerima manfaat tersebut.

Antara syarat yang diperlukan ialah pemohon berumur 60 tahun ke atas, rakyat Terengganu atau bermastautin melebihi 15 tahun, ketua isi rumah, bukan pesara/penerima pencen, bukan penerima bantuan bulanan dan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 atau RM600 per kapita. 


PemaklumanPencen Rakyat Terengganu turut tular dalam media sosial


Hanafiah memaklumkan analisis data dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan. Manakala tarikh tutup permohonan ialah 31 Disember 2020.

Beliau berkata, selepas itu ia akan dibawa kepada mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri untuk mendapat persetujuan dan kelulusan. - KitaReporters

22
3
7
4
5
You will be interested