Insan & Komuniti 25 Apr, 2020

DUTA JEPUN!! DIA CAKAP MELAYU DAN ARAB DAA!!

@rosalinda said
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Kuala Lumpur dan cawangan Kuala Terengganu.

Share this

Kefasihan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka bertutur dalam bahasa Melayu memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara ini. Kemampuannya menguasai bahasa kebangsaan mulai mendapat perhatian ramai menerusi video ucapan Tahun Baharu 2020 yang tular dalam media sosial. : KitaReporters


Lebih membanggakan, apabila ketika itu beliau baharu dua bulan tiba di negara ini bagi menggantikan Dr. Makio Miyagawa yang menamatkan perkhidmatan pada November 2019.

Video pertamanya itu berjaya meraih lebih 80,000 tontonan dan merupakan yang tertinggi dalam laman Facebook (FB) Embassy of Japan in Malaysia di https://www.facebook.com/JapaninMalaysia/

Ucapan tahun baharu 2020 Oda yang menjadi tular pada pada Januari 2020.


Pada Khamis, 23 April 2020, Oka sekali lagi meneruskan kebiasaannya menzahirkan ucapan dalam bahasa Melayu, buat seluruh umat Islam di negara ini yang menyambut Ramadan, namun beliau mencipta sedikit kelainan apabila turut berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Setakat pukul 11 malam, Jumaat, 24 April 2020, video berdurasi 1 minit 10 saat itu mendapat lebih 22,000 tontonan dengan hampir 1,500 tanda suka, lebih 120 komen dan lebih 650 perkongsian.

Video ucapan Ramadan Oka dalam bahasa Melayu dan Arab yang menarik perhatian ramai. 


“Salam Ramadan Al-Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan bahagia. 

“Saya harap kita akan melawan COVID-19. Stay home, stay safe. Terima kasih, jumpa lagi,” katanya seperti dipetik dalam video berkenaan.

Rata-rata netizen terkejut dengan satu lagi kemahiran bahasa asing yang ditunjukkan Oka dan memuji kemampuan beliau bercakap Arab.

Tangkap layar antara komen netizen yang memuji kemahiran bahasa Arab Oka.


Carian di Internet mendapati Oka sebelum ini mengetuai Jabatan Timur Tengah di Kementerian Luar Jepun, jadi tidak hairanlah jika beliau fasih berbahasa Arab.

Dalam video terdahulu, Oka turut berkongsi kisah kedatangannya ke negara ini ditemani isteri dan kucingnya, Bobo yang berumur 12 tahun. 

Beliau yang merupakan pencinta haiwan comel itu berkata, Bobo dilahirkan di Arab Saudi dan tinggal bersamanya sejak dari usia tiga minggu lagi. - KitaReporters

Video Oka dalam bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia berhubungan pandemik COVID-19.

4
4
0
0
0
You will be interested