Kisah Insan 06 Oct, 2020

Lagi kes sungai tercemar! Perlu tindakan tegas, berterusan!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
ISU pecemaran sungai kembali terus menjadi bualan ramai tanpa mengira keadaan khususnya di sekitar Lembah Klang berikutan pemberhentian tugas sementara dua Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Sepang dan Hulu Langat, Selangor berpunca daripada pencemaran air di Sungai Semenyih pada Ahad, 4 Oktober 2020. : KitaReporters

Sungai yang menjadi punca bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA)  perlu mempunyai bacaan pencemaran bau 0 TON (mengikut indek bacaan bau) barulah operasi tugas boleh berjalan untuk penghasilan air bersih yang terawat. - Kredit Foto: TV Selangor.


Lagi cerita-cerita berkaitan bekalan air:

https://kitareporters.com/search?search=bekalan+air


Topik perbualan di kedai-kedai kopi, restoran, gerai makan, masjid surau dan tempat-tempat awam lainnya pasti berkisar mengenai isu pencemaran air yang menjadi bekalan air bersih dan terawat disalurkan kepada pengguna di sebahagian kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi Putrajaya dan Cyberjaya khususnya terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran yang berlaku dalam sehari dua ini.

Berikutan insiden berkenaan telah menimbulkan panik dan keluh kesah bagi sejumlah 309,687 keluarga di 274 kawasan yang mempunyai akaun pengguna di Jabatan Bekalan Air Selangor meliputi daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang , Hulu Langat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas bekalan air untuk aktiviti harian seperti memasak, minum, mandi, mencuci pakaian dan berbagai lagi. Malahan dengan ketiadaan bekala air lebih memeritkan lagi bagi keluarga mempunyai anak-anak kecil, warga emas dan mereka yang sakit serta uzur.


Pelbagai resolusi membina ada terlontar semasa sembang santai antara individu termasuklah yang mempersoalkan kenapa isu pencemaran sungai di Selangor selalu berulang dan boleh dilabelkan sebagai satu virus masyarakat yang perlu tindakan tegas  kepada sesiapa sahaja menjadi  puncanya

Selain itu tidak kurang juga yang mempersalahkan pihak berwajib kerana tiada pengawasan berterusan kawasan-kawasan sungai yang sesuai dan menjadi punca bekalan air bersih kegunaan ramai.

Disebabkan pencemaran tersebut kerap berulang ada individu memberi cadangan pengawalan berkala dan berterusan wajar dilaksanakan bagi sungai-sungai di Selangor supaya mereka yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan dihadapkan kemuka pengadilan berpunca daripada perbuatan yang menyusahkan ramai kelompok masyarakat.



Dalam insiden pada petang Ahad, 4 Oktober 2020 itu, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan dari Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Logi Rawatan Air (LRA) Semenyih di Hulu Langat dan Bukit Tampoi, Dengkil di Sepang terpaksa dihenti tugas mulai jam 4.30 petang berpunca pencemaran bau  yang dikesan dengan kadar sehingga 4 TON ( kaedah sukatan bau) di muka sauk LRA Sungai Semenyih dan 3 TON di Bukit Tampoi.

Hasil siasat tugas kakitangan LUAS mendapati bau seperti bangkai yang agak kuat terdapat di sekitar Sungai Pajam di Negeri Sembilan di mana jarak lokasinya kira-kira 15 kilometer dari LRA Sungai Semenyih. Manakala di Sungai Batang Benar yang terletak berhampiran Kod Merah berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan menyeluruh telah diaktifkan.
Dalam satu kenyataan, pihak LUAS elah memaklumkan kepada Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) untuk sama-sama menjalankan siasatan di kawasan Negeri Sembilan di samping bersama Air Selangor mengenal pasti pencemaran yang terjadi di bahagian Selangor. 

Juga LUAS melaksanakan kerja-kerja mengepam air di Tasik Idaman, Sungai Buah ke Sungai Semenyih dalam usaha meningkatkan kadar pencairan air yang tercemar.

Hee Loy Sian (di hadapan) meninjau kerja-kerja mengepam air daripada Tasik Idaman, Sungai Buah, Dengkil ke Sungai Semenyih bagi tujuan mencairkan pencemaran bau dan menurunkan paras bacaan pencemaran tersebut. - Kredit Foto: Media Selangor.

Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi  Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi ,Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian memberitahu, di Dengkil, kegiatan berskala besar pencucian kawasan ladang itik dan angsa yang terletak dipinggir Sungai Pajam dan Kawasan Perindustrian Nilai 3 di Negeri Sembilan disyaki antara punca pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat hingga memaksa dua LRA Air Selangor terpaksa dihenti tugas sementara.
Katanya, Selangor sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar dan BKSANS bagi mengenal pasti lokasi sebenar pencemaran seolah-olah bau bangkai dikatakan hasil daripada bahan organik.
"Diharapkan Negeri Sembilan dapat menyiasat punca kejadian selain unsur sabotaj. Laporan polis akan dibuat berhubung insiden yang berlaku selain Jabatan Alam  Sekitar bertindak tegas terhadap pihak yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekita," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang semasa meninjau kerja-kerja pengepaman air dari Tasik Idaman ke Sungai Semenyih bagi tujuan mencairkan pencemaran bau yang berlaku. 

Salah seorang petugas Air Selangor mengambil sample air dari Sungai Semenyih untuk ditunjukkan kepada Hee Loy Sian semasa tinjauan beliau ke Dengkil. - Kredit Foto: Media Selangor.

Dalam pada itu, jelasnya LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi hanya akan beroperasi kembali bila bacaan bau air pada paras 0 TON. Pada Isnin 5 Oktober 2020, setakat jam 6.30 petang bacaan di LRA Sungai Semenyih 7 TON berkurangan 2 TON dari sebelumnya dan LRA di Bukit Tampoi kekal 9 TON.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Dato' Amiruddin Shaari melalui laporan media sosial akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengenal pasti pihak bertanggungjawab hingga boleh dihadapkan kemuka pengadilan.
Sementara itu, pakar kualiti air, Ir Dr. Zaki Zainuddin yang dihubungi Astro Awani pada Isnin 5 Oktober 2020 mencadangkan air daripada Tasek Putrajaya disalirkan ke Sungai Semenyih sebagai alternatif jika berlaku pencemaran seperti yang terjadi sekarang.
Bagaimanapun, katanya untuk mengelakkan impak terhadap Putrajaya sendiri bila ia dilakukan hanya sebagai alternatif sementara bukan berterusan.

Menurutnya, Sungai Pajam dan Sungai Batang Benar di Nilai, Negeri Sembilan mudah tercemar kerana di sekitarnya terdapat kegiatan ternakan haiwan peliharaan, pelupusan sampah, kolam ikan dan berbagai lagi yang menjadi punca kepada pencemaran.

Beberapa orang penduduk disalah satu lokasi yang terlibat dengan gangguan bekalan air mengambil air bersih dari tangki statik disediakan Pengurusan Air Selangor dan  Lembaga Urus Air Selangor. - Kredir Foto: TV Malaysiakini.


Berikutan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku, pihak PLUS menyalurkan kemudahan bekalan air bersih dan terawat melalui 9 Pusat Khidmat Setempat (PKS),13 pili awam, 30 tangki statik dan 10 stesen pengisian setempat bagi semua kawasan.
"Pengguna yang terjejas disaran mengambil bekalan air di pili-pili awam dan PKS disediakan kerana bantuan melalui lori tangki diutamakan premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan lain-lain," kata Ketua Eksekutifnya, Suhaimi Kamalzaman kepada media di Shah Alam, Selangor. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested

Shebby yang ku kenali! Ceroboh penginapan pemain! Disergah Tauke! Shebby tampil jadi penyelamat!

Persahabatan mula terjalin pada 1983 ketika kami jejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Saya baru bergelar wartawan, Shebby pula bina nama sebagai pemain bola sepak

Bapa banyak songeh! Usaha jadikan Jaami Qureshi warga gagal! Enggan janji kesetiaan, kata FAM!

Usaha jadikan Jaami Qureshi, yang ibunya kelahiran Manjoi, warganegara dan sarung jersi negara tak tercapai selepas bapanya gagal capai kata sepakat dengan FAM
Abdul Hafiz Ahmad in Kisah Insan 1 day ago

Yakin hidup semula! Ibu bapa simpan jenazah anak kesayangan! Selepas 3 bulan meninggal dunia!

Sepasang suami isteri di Jawa yang tak reda dengan pemergiaan anak perempuan mereka tergamak simpan jenazah anak itu yang meninggal dunia hampir tiga bulan lalu
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Rezeki nelayan! Sangka anak buaya sangkut dalam pukat! Rupanya pari tunggol gergasi! Berat 40.5kg!

Nelayan Sendak Omar sangka seekor anak buaya tersangkut di pukatnya tetapi rupa-rupanya seekor ikan pari tunggol gergasi seberat 40.5kg anggaran bernilai RM324
Adnan Mohamad in Kisah Insan 5 days ago

Nia menangis dihukum penjara setahun! Bersalah bersama suami, pemandu! Kes salah guna syabu!

Nia Ramadhani menangis teresak-esak ketika mahkamah jatuhkan hukuman penjara satu tahun bersama suaminya, Ardi Bakrie akibat terbabit penyalahgunaaan dadah
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 week ago