Insan & Komuniti 23 Feb, 2021

Video| Nenek niaga pinggan mangkuk ditipu! Dibayar dengan envelop gemuk berisi surat khabar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Nenek Sariyo


SEORANG nenek bernama Sariyo yang mencari makan dengan berjualan pinggan mangkuk secara bergerak dan di tepi jalan telah ditipu oleh seorang sepasang pembeli yang dipercayai suami isteri dengan membeli beberapa barangan jualannya dengan membayar menggunakan sekeping envelop yang di dalamnya berisi sejumlah kertas surat khabar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nenek:

https://kitareporters.com/search?search=nenek


Nenek Sariyo kecewa apabila barangannya dibayar dengan envelop yang disangkanya berisii wang tetapi sebenarnya hanya berisi kertas surat khabar.

Kisah memilukan ini dialami nenek Sariyo ketika berjualan pinggan mangkuk di pesimpangan Jalan Veteran, Kecamatan Serengan, Solo, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.

Dan peristiwa itu tular apabila kesayuan nenek Sariyo yang punya empat anak itu ditipu telah  dirakam oleh Visbrila Neris Fadlika, 20, dari Solo, Jawa Tengah yang kemudiannya memuat turun dalam akaun Tiktoknya @vs.brl pada Selasa, 10 Februari 2021.




Video nenek Sariyo yang ditipu pembelinya itupun tular dalam media sosial. 

Dalam video itu nenek Sariyo menyatakan, pembeli itu memberikan sebuah envelop 'gemuk' kepadanya secara tiba-tiba.

Pembeli itu dipecayai sepasang suami isteri yang menunggang sebuah motosikal.



Ekoran cerita itu tular, TribunSolo.com pada Sabtu, 20 Februari 2021 turut mewawancara nenek Sariyo.

Menurut nenek itu, setelah membeli beberapa pinggan mangkuk, pasangan itu memberi sebuah envelop yang berisi ‘tebal’ dan berpesan hanya boleh dibuka setelah mereka berlalu. Nenek Sariyo seperti terpukau mendengar kata-kata itu.

Nenek Sariyo sempat sangsi kenapa tidak boleh dibuka dan balas mereka, takut timbul iri hati orang lain yang menyaksikan.



Setelah kedua-duanya pergi, nenek Sariyo menyangka dia menerima wang yang banyak daripada insan misteri.

Namun alangkah terperanjat dan hampanya apabila envelop ‘gemuk’ itu cuma mengandungi helaian surat khabar yang dicarik-carik.

"Ya, Allah orang tua beginipun dibohongi sedemikian," kata Sariyo.

Nenek Sariyo kemudian membawa pulang envelop itu dan memberi tahu cucunya, kemudian membuang envelop itu ke tempat buang sampah.

Visbrila dalam keterangan videonya menyatakan dia bersama adiknya berjalan di Jalan Veteran dan melihat  nenek Sariyo sedang bersedih.

Setelah mendengar cerita nenek Sariyo, Visbrila pilu dan memberi sedikit sumbangan kewangan dan merakam wajah dan pertuturan nenek itu dan dimuat naik dalam Tiktoknya, @vs.brl dan tular.

Visbrila menerima permintaan beberapa netizen untuk membuka tabung amal bagi membantu nenek Sariyo yang kadangkala turut menjual pakaian terpakai.

Tabung amal itu dibuka hingga Ahad, 21 Februari 2021 dan jumlah keseluruhan akan diketahui Selasa, 23 Februari 2021 dan akan diserah kepada nenek Sariyo. - KitaReporters


1
1
4
1
1
You will be interested