Insan & Komuniti 01 Mar, 2021

Peringatan untuk semua! Angkara ketagih main online games! Budak 12 tahun mati akibat radiasi

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Permainan dalam talian bukan sahaja boleh menjadikan seseorang lalai tetapi nampaknya kini boleh meragut nyawa. -Kredit foto: Jabar Publisher.


Akibat terlalu suka bermain permainan dalam talian atau online game sehingga ketagihseorang budak lelaki, Raden Tri Sakti, 12, meninggal dunia akibat radiasi. Dia dilaporkan meninggal pada Selasa 23 Februari 2021 di Dusun Bangkuang, Desa Salam Jaya, Kecamatan Pabuaran, Subang, Jawa Tengah, Indonesia.

Sebelum itu Raden, yang memang diketahui sangat suka bermain online game sering mengadu sakit kepala. Dia kemudian di bawa ke Rumah Sakit Umum (RSU) Siolam Purwakarta untuk dirawat atas andaian sakit kepala biasa.


Lagi kisah-kisah berkaitan permainan online:

https://kitareporters.com/search?search=permainan+online


RADEN TRI SAKTI, 12,  meninggal dunia akibat radiasi kerana ketagih bermain online game. - Kredit foto: Tribun Jabar 


Namun memetik laporan Tribunnews.com, pemeriksaan doktor mendapati dia bukan sakit kepala tetapi mengalami gangguan saraf akibat radiasi daripada telefon bimbit yang sentiasa dalam genggamannya untuk bermain online games.

Berdasarkan maklumat masyarakat setempat, Raden ketagih bermain permainan dalam talian. Dia tidak pernah terlepas dengan telefon bimbit setiap hari dan menghabiskan berjam-jam bermain online games.    

Ketua Kampung Salam Jaya, Sertu Sugeng memberitahu, kaum keluarga Raden yang bimbang kerana arwah sering mengadu sakit kepala membawanya untuk rawatan di RSU Purwakarta pada Januari 2021 lalu.

Menurutnya, pemeriksaan doktor mengesahkan arwah bukan sekadar sakit kepala biasa tetapi menghadapi masalah saraf akibat radiasi.


SUBANG, Jawa Tengah, tempat kediaman Raden Tri Sakti yang meninggal akibat ketagih permainan dalam talian.-Kredit Google Map


Raden sempat menjalani rawatan selama dua minggu di hospital berkenaan namun tahap kesihatannya tidak berubah.  Malah keadaan arwah bertambah teruk. Kaki dan tangannya langsung tidak boleh digerakkan

Akhirnya keluarga memutuskan membawa dia pulang ke rumah. Bagaimanapun dia tetap menjalani rawatan pesakit luar di hospital berkenaan.

Proses rawatan yang dilalui tidak mendatangkan sebarang hasil. Keadaan Raden semakin parah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir hari Selasa 23 Februari 2021 dan dikebumikan pada hari sama.

Dalam keadaan pandemik Covid-19, dan kemungkinan ada andaian Raden meninggal dunia kerana pandemik tersebut, doktor sekali lagi mengesahkan arwah meninggal kerana gangguan saraf, bukan Covid-19.


SUASANA sedih pada pengkebumian Raden Tri Sakti di Subang,Jawa Tengah, Indonesia. - Kredit foto: Tribunnews. 


Peristiwa yang menimpa Raden seharusnya menjadi iktibar kepada mereka yang ketagih bermain online games, bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Sememangya online games disukai. Tetapi berpada-padalah bermain. Terlalu banyak bermain akan melalaikan, malah boleh sampai lupa diri.

Justeru berhati-hati jangan sampai ketagih. Jangan sampai mengundang padah dan nyawa melayang kerananya. - KitaReporters

2
0
3
0
1
You will be interested