Insan & Komuniti 16 Jun, 2022

Macam-macam orang tuduh kami! Mata duitan! Keluarga arwah Adib hidup tertekan! Tetap nak keadilan!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this


“Macam-macam orang tuduh kami… ada orang tak dikenali yang telefon kami dan cakap macam-macam. Mereka kata, sebab kami sudah dapat duit jadi keadilan untuk arwah diabaikan. Suami lagi tertekan tetapi dia ambil jalan berdiam diri sahaja.”

Itu luah ibu kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, Asma Aziz, 54, yang mengakui hidup tertekan ekoran pelbagai persepsi serong masyarakat terhadap keluarga itu kini terutama selepas berita tentang pampasan RM1.5 juta tersebar.

“Sesungguhnya kalau mereka berada di tempat kami, mereka akan faham betapa sedih dan kecewanya kami dengan kematian arwah. 

Kesedihan dan kekecewaan itu tak akan berakhir walaupun dengan wang yang banyak itu,” katanya.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan 


Ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib, Asma Aziz dan Mohd Kassim Abdul Hamid. 


Perkara itu juga menjadi alasan kenapa keluarga kepada Allahyarham menarik balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas

Bapa Allahyarham, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 66, memberitahu, keluarganya kecewa dengan dengan kes tersebut yang sudah berlanjutan sehingga empat tahun dan seakan tiada penghujungnya.

“Tommy ini masalah sampingan keluarga kami kalau nak ikutkan kita nak hukum dia kerana bahasa yang kurang memuaskan. Penjenayah yang menyebabkan kematian anak kami perlu dihukum, itu matlamat kami,” katanya.



Keluarga anggota bomba tersebut dikatakan tidak berhasrat meneruskan rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan menghina mahkamah. 

Melalui peguam mereka, Aidil Khalid memaklumkan pihak media, keluarga Allahyarham Muhammad Adib menarik balik dua rayuan di Mahkamah Rayuan kerana tidak berhasrat memanjangkan lagi perkara tersebut.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara (IJN) ekoran kecederaan dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui. 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan membayar pampasan berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba berkenaan. - KitaReporters


10
17
1
5
0
You will be interested