Insan & Komuniti 04 Apr, 2022

Tolong kami! Bantu Nur Anisah Abdullah! Cari bapa kandung Rezuan Darus! Nak jadi wali pernikahan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Nur Anisah bersama ibunya Siti Fatimah


SEORANG gadis memohon bantuan orang ramai mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahan yang dijadualkan berlangsung selepas ambutan Aidilfitri pada bulan Mei 2022 ini.

Nur Anisah Abdullah, 23, dari Kampung Lak Lok Dalam, dekat Jertih, Terengganu, berkata, sudah 23 tahun selepas dia berpisah dengan ibunya apabila menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Katanya, bapanya, Rezuan Darus, 58, berasal dari Pulau Pinang dan berkahwin dengan ibunya ketika dia bertugas sebagai anggota tentera dalan Rejman Askar Melayu Diraja (RAMD).


Lagi cerita-cerita pencarian berkaitan wali pernikahan

Nur Anisah Abdullah


Menurutnya, selepas bersara dari pasukan tentera, bapa dan ibunya kembali tinggal di kampung Lak Lok, Jertih dan mendapat tiga anak termasuk Nur Anisah.

Bagaimanapun, kata Anisah, dia tidak mengenali bapanya kerana ketika dilahirkan bapaya sudah berpisah dengan ibunya, Siti Fatimah Husin, 56.

“Ibu saya sudah berikhtiar dengan mencari ayah di pelbagai tempat namun gagal dikesan,” katanya.

Nur Aisah kini bekerja di sebuah kilang di Shah Alam amat memerlukan kehadiran ayah kandungnya pulang seketika bagi memudahkan urusan untuk menjadi wali pernikahannya. 

Beliau menjelaskan, ibunya terpaksa menamakan bapanya sebagai “Abdullah” ketika mendaftar kelahiran dan bukan Rezuan disebabkan bapanya sudah meninggalkan keluarganya.

Ibunya, Siti Fatimah turut mengharapkan rakan-rakan bekas tentera yang pernah bertugas bersama bekas suaminya  yang mengetahui tempat Rezuan berada sekarang supaya dapat membantunya bagi melancarkan majlis pernikahan anaknya  dengan jejaka pilihannya.

Kata Anisah, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapanya boleh menghubungi beliau melalui talian 019-4243245 (Nur Anisah). - KitaReporters

Rakan sekerja meraikan sambutan hari kelahiran  Nur Anisah (tengah) pada Februari 2022 lalu

11
13
1
17
2
You will be interested