KITA semua tahu perintah untuk mengehadkan kawalan pergerakan yang baru sahaja diumumkan kini telah dikuatkuasakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Tapi tahukah anda, mana-mana majikan yang membuat potongan gaji bagi tempoh bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah tidak sah, suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti? : KitaReporters
Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan ketika ditemui di Pejabatnya di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.
Sekatan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berikutan Malaysia sudah menjadi negara di Asia Tenggara yang mencatatkan bilangan jumlah tertinggi sebanyak 673 kes dengan kluster terbarunya iaitu perjumpaan Persatuan Tabligh di Masjid Jamek, Seri Petaling di Selangor yang merekodkan 190 kes.
Dalam pengumuman itu, hanya beberapa premis perniagaan sahaja dibenarkan buka seperti pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan seharian dan barang mentah.
Sudah pastinya ramai yang akan tertanya-tanya bagaimanakah pengiraan gaji dilakukan sementelah perintah berkurung ini dijalankan sehingga berakhir pada Mac 2020?
Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus
Menurut Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan yang ditemui berkata bagi pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, maka cuti selama 13 hari tersebut dikira sebagai cuti bergaji penuh.
Majikan tidak dibenarkan membuat sebarang potongan gaji atau potongan peruntukan cuti tahunan pekerja, katanya.
Perkara tersebut tertakluk di bawah seksyen 24 (1) iaitu majikan dibenarkan membuat potongan terhadap upah dalam keadaan potongan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis yang lain sebagai contohnya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Mana-mana majikan yang membuat potongan gaji bagi tempoh bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan adalah tidak sah, suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti," tegasnya.
Gambar hiasan. _ kredit foto: Instagram #pekerjaan
Kesalahan-kesalahan dan penalti yang boleh dikenakan adalah mana-mana majikan yang: membuat potongan daripada upah seorang pekerja selain dari potongan-potongan yang dibenarkan oleh Seksyen 24, adalah melakukan satu kesalahan.
"Mana-mana orang yang melakukan sebarang kesalahan di bawah atau melanggar mana-mana peruntukan akta ini, atau mana-mana peraturan, perintah atau perundangan kecil yang dibuat di bawahnya, berkenaan dengan mana tiada penalti yang diperuntukkan, hendaklah dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000).
Kredit foto: FB Faizal Riduan (https://www.facebook.com/faizalriduan)
"Bagi pekerja bukan buruh termasuk daripada kalangan pengurusan dan profesional yang tidak dilindungi Akta Kerja 1955 dan bergaji melebihi RM2,000, maka perlu melihat kepada peruntukan penolakan gaji atau cuti tanpa gaji semasa krisis jika ada dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan," kata Faizal.
"Jika tiada peruntukan sedemikian, maka ia bergantung kepada ihsan dan budi bicara majikan sama ada hendak mengklasifikasikan sebagai cuti bergaji, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti ganti atau cuti tahunan dengan izin pekerja dan perundingan dengan kesatuan sekerja jika ada", katanya lagi semasa ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini. - KitaReporters