BIASANYA kita melihat orang ramai berlumba-lumba pergi ke pusat beli belah merebut jualan murah, berasak-asak untuk masuk ke stadium dan paling ramai diserbu adalah bila dengar ada benda percuma!!!! Tetapi kali ini, lain pula jadinya apabila Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) Batu Uban, Pulau Pinang telah diserbu oleh orang ramai. Apa hal?? : KitaReporters
Jika dilihat kepada video yang dikongsi oleh Suhana Yahaya, JPJ seperti buat jualan lelong kereta atau motor sehingga orang ramai sanggup berlumba lari untuk sampai dahulu.
Orang ramai dilihat berpusu-pusu ke JPJ mungkin disebabkan beberapa faktor seperti ingin hidupkan lesen kenderaan, tukar hak milik kenderaan dan sebagainya.
Kredit video Suhana Yahaya.
Maklumlah, nak raya dah, tak hidupkan lesen motor atau buat apa yang patut takut-takut nanti dapat pula surat 'cinta' dari pihak berkuasa.
Mungkin mereka berlumba lari kerana ingin dapatkan nombor paling terawal agar tidak perlu beratur lama.
Ye lah, kalau lambat, tak pasal-pasal kena tuggu berjam-jam. Layan movie pun belum tentu sampai giliran kita.
Dalam keghairahan orang ramai maraton untuk siapa sampai dahulu, terdapat seorang lelaki yang tergesa-gesa berlari hingga hilang kawalan diri lalu terjatuh.
Harap pak cik itu sihat dan tidak alami kecederaan serius la. Yang mana baru tengok, jangan pula anda ketawakan pakcik itu.
Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 445,000 kali dan menerima lebih 6,000 tanda suka.
Video ini sebenarnya mirip dengan satu benda dan dekat dengan kehidupan kita terutama umat islam, iaitu solat Jumaat.
Pergi lambat, sebaik dengan tok imam bagi salam, orang ramai macam dalam video tersebut.
Ini baru beberapa bulan JPJ tidak dibuka menyebabkan banyak urusan tertangguh.
Bayangkan kalau lagi lama JPJ ditutup dari operasi, silap-silap nanti orang ramai pacak khemah depan JPJ untuk dapatkan nombor paling terawal. - KitaReporters