Insan & Komuniti 23 Jul, 2020

Bersalah tetak lembu korban! Buruh dihukum denda RM30,000!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Tindakan seorang buruh menetak seekor lembu milik sepupunya yang ingin dijadikan lembu korban sempena Aidiladha tahun ini membawa padah apabila beliau didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut, Terengganu hari ini, Khamis 23 Julai 2020. Tertuduh, Andan Muhammad, 37, didakwa menetak lembut berkenaan dengan menggunakan sebilah parang sehingga mengalami kecederaan kepada haiwan tersebut. : KitaReporters 

Mahkamah Sesyen Besut


Hakim, Wan Azimah Yaacob menjatuhkan hukuman itu selepas Adnan Muhamamd mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Tertuduh dari Kampung Gerai Muda Lay Out, Jertih turut berdepan dengan hukuman penjara setahun jika gagal menjelaskan denda

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan kejam mendera sehingga menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor lembu milik Mohd Jamil, 56.

 Tertuduh ketika di bawa ke Mahkamah Sesyen Besut untuk dibicarakan


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tepi kandang sebuah rumah di Kampung Gerai, Jertih, jam 6 pagi pada 21 Julai 2020 lalu.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama  Seksyen 29 (1) akta yang sama. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda antara RM20,000 dan RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.  

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  

Wan Azimah ketika membacakan keputusan itu menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.  

Malah, katanya, ia bukan sahaja memberi kesan kepada haiwan tetapi juga menimbulkan kegusaran terhadap orang awam.  

Lembu jantan baka tempatan berusia dua tahun seberat 150 kilogram itu dilaporkan ditetak pada bahagian punggung serta kepala dan kini dirawat di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Besut

Lembu untuk korban yang ditetak seorang buruh Kredit Foto : Info Bencana Terengganu 


Adnan yang memakai baju lokap berwarna ungu mendera lembu berkenaan dengan menetak binatang itu pada bahagian kepala dan belakang. 

Ekoran tetakan itu, lembu baka tempatan yang sepatutnya dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti mengalami kecederaan pada kepala, belakang dan punggung. - KitaReporters

10
7
11
4
16
You will be interested