Insan & Komuniti 02 Mar, 2022

Video| Bagaikan bapa dengan anak! Tapi itu tak jadi isu! Pramugari bahagia nikahi juruterbangnya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

AMY Auditha bersanding dengan Kapten Johan pada 29 November 2021. - Kredit foto: Instagram amyaudithaa


MESKIPUN perbezaan usia 21 tahun serta dianggap hubungannya seperti seorang bapa terhadap seorang anak tetapi itu semua tidak menghalang bagi bekas pramugari dari Sulawesi Selatan, Indonesia untuk berkahwin dengan pilot (juruterbang) pada tahun 2021 lalu.

Apa yang penting suaminya dapat membahagiakan kehidupannya setiap masa selain dia juga pandai mengambil hati kedua-dua orang tuanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isteri muda

AMY Auditha. - Kredit foto: Instagram amyaudithaa 



Pramugari yang dimaksudkan itu, Amy Auditha, 25, yang kini sudah berhenti kerjanya dengan syarikat penerbangan selepas berkahwin dengan suaminya, Kapten Mohamad Johan Satria Algamar, 46, pada 29 November 2021 lalu.

Amy berkata, perbezaan umur mereka amat mengejutkan netizen kerana menyangka hubungan dia bagaikan seorang ayah dengan seorang anak ketika dia keluar berjalan-jalan dengan Kapten Johan.

Namun itu semua, menurut bekas pramugari itu, ia tidak menjadi penghalang kerana dia dapat hidup bahagia dan secocok dengan sang suaminya yang juga begitu cakna terhadap ibu bapanya.


Kredit foto: Instagram amyaudithaaa



“Dia (Kapten Johan) seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, yang dapat memahami hati saya dan rumah tangga kami selalu bahagia,” katanya seperti dipetik dari laman Surabaya.Tribunnews.com, baru-baru ini.

Dalam hal itu, Amy sedikit pun tidak merasa menyesal untuk berhenti kerjanya sebagai pramugari yang disandang selama lima tahun semata-mata untuk memberi perhatian sepenuh masa terhadap rumah tangganya dan sang suaminya.

Kisah cinta antara bekas pramugari bersama pilot itu menjadi viral dalam media sosial melalui video Tik Tok.


Kredit foto: Instagram amyaudithaaa


Dalam video berkenaan, Amy menceritakan tentang dirinya setelah menjadi isteri Kapten Johan, walaupun jurang usia 21 tahun yang agak jauh namun mereka tetap romantis seperti pasangan muda lain

Amy sendiri tidak pernah menjadi persoalan dengan perbezaan umur itu dengan suaminya biarpun ramai orang mengatakan bahawa mereka adalah pasangan ibarat seperti bapa dan anak.



Malah, ada dalam kalangan netizen yang tidak mengetahui mereka sudah berkahwin itu masih ragu-ragu atau curigai tentang pergaulan antara Amy dan Mohamad Johan itu adalah bukan pasangan suami isteri yang sah.

“Setiap kali ke mall benar-benar orang itu ngeliatin (melihat) sampai muter (berpusing) kepala banget (sangat). Eh itu anaknya sama bapaknya kali ya? Eh itu ceweknya muda banget,’’ tulis Amy dalam akaun TikTok @amyuadithaaa. 


Kredit foto: Instagram amyaudithaaa


Ketika diundang menjadi bintang tamu pada program “Rumpi No Secret” Amy dan Kapten Johan menceritakan kisah cinta mereka.

Lelaki itu yang lebih mesra dengan panggilan Kapten Johan memberitahu bahawa Amy ketika itu sangat sombong dan sering cuba melarikan diri tak kala bersua dengannya.

Serentak dengan itu Amy pun menjawab,“Aku jutekin (sombong) dulu kak, jual mahal. Terus kita ketemu lagi tuh beberapa bulan kemudian di golf sama teman-teman lain. Pulang dianterin (dihantar), ngobrol-ngobrol (sembang) yambung."


Kredit foto : Instagram amyaudithaaa


Amy mula mesra dengan Kapten Johan pada Mac 2021 dan untuk meyakin hati Amy serta keluarga wanita itu, Kapten Johan telah melamarnya pada Jun 2021.

Amy memberitahu, cintanya mula berputik terhadap Kapten Johan itu kerana sikapnya yang sederhana dan suka menghormati orang-orang tua di samping perangainya juga tidak begitu ego dengan kerjayanya sebagai pilot itu.

“Dia (Kapten Johan) pandai ambil hati kedua ibu bapa saya, setiap kali bertemu semasa dia datang rumah,  pasti dia mencium tangan ibu bapa saya dan memeluk bapa saya,” kata Amy.

Tidak hanya setakat itu sahaja jelas Amy, Kapten Johan juga pandai memikat hati orang tuanya ketika itu menyebabkan mereka bersetuju menjodohkan mantan pramugari dengan pilot itu di Kecamatan Pitumpanua, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan. - KitaReporters


Kredit foto : Instagram amy audithaaa


16
17
0
14
1
You will be interested