Insan & Komuniti 11 Jan, 2021

Degil dan tak endah tanda amaran! Tiga sekeluarga nyaris lemas bila redah air banjir di Chukai

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

``KALAULAH tiga orang dari sekeluarga itu mematuhi arahan papan tanda yang sudah melarang sebarang kenderaan melalui jalan itu tidak mungkin kenderaan mangsa terkandas dan dihanyut air deras. Tetapi apa yang kita nampak mereka degil dan mereka meneruskan perjalanan sedangkan air di kawasan jalan itu dalam tetapi mujurlah ada beberapa anggota polis dan bomba yang dapat menyelamatkan mangsa daripada dihanyut air banjir." : KitaReporters


TIGA dari sekeluarga (bulatan) yang terselamat berada di kenderaan mereka. - Kredit foto: Info Bencana Terengganu


Lagi kisah-kisah duka berkaitan mati lemas:

https://kitareporters.com/search?search=mati+lemas


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan menyatakan demikian sebagai mengulas kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 pagi Sabtu, 9 Januari 2021 lalu membabitkan tiga sekeluarga yang berumur 20 tahun hingga 40 tahun.

Tiga sekeluarga itu nyaris lemas akibat air banjir apabila kenderaan Ford Rangers yang dinaiki mangsa telah hanyut di bawah jambatan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, Chukai, Kemaman, Terengganu

Mereka termasuk dua lelaki dan seorang perempuan dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan ,Pahang untuk pergi ke Kampung Mak Lagam, Kemaman, katanya kepada media pada petang  9 Januari 2021 itu.


Kredit foto: Info Bencana Terengganu


Sekiranya tiada anggota bomba serta polis semasa kejadian berkenaan berlaku sudah pasti tiga mangsa terbabit akan hanyut dibawa air deras banjir. 

Hanyan berkata, sebelum itu pihaknya mendapati di tempat kejadian tersebut terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang telah meredah air banjir meskipun jalan itu telah ditutup kepada semua kenderaan. 

``Kami agak terkejut juga dengan tindakan mereka itu yang akhirnya menyebabkan Ford Ranges yang dinaiki mangsa itu rosak serta tenggelam di jalan berhampiran dengan jambatan itu. Mangsa sepatutnya berpatah balik baharulah kejadian seumpama itu tidak berlaku.


KENDERAAN pacuan empat roda mangsa yang terperangkap akibat air banjir di jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2, Chukai, Kemaman, Terengganu pagi semalam, 9 Januari 2021. - Kredit Foto : Info Bencana Terengganu.


``Tetapi tiga mangsa yang berada di dalam kenderaan terbabit dapat diselamatkan oleh anggota bomba serta polis yang kebetulan berada di kawasan itu ketika kejadian berlaku  ,’’ katanya. 

Sehubungan dengan itu, Hanyan menasihatkan para penguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama pada musim banjir demi keselamatan diri mereka atau untuk menjauhkan kejadian yang tidak diingini terjadi. - KitaReporters

0
0
0
0
4
You will be interested