SEORANG wanita yang punya tiga anak dan seorang cucu bernama Yani Williams berusia 52 tahun hanya bersedia memotong kuku tangan dan kakinya yang disimpan selama hampir tiga dekad iaitu sejak 1992 jika ada individu sedia menawarkan bayaran yang tinggi. Ada beran?? : KitaReporters
Yani Williams 28 tahun tidak memotong kukunya kini sedia melakukannya jika dapat bayaran lumayan. - Kredit foto: FB yaniwilliams
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan rekod dunia:
https://kitareporters.com/search?search=rekod+dunia
Yani memilik kuku tangan sepanjang 19 kaki dan kuku kaki sepanjang 15 inci yang tidak pernah dipotongnya sejak 1992.
Pada 2018, dia diiktiraf oleh Guinness World Records (GWR) sebagai pemilik kuku paling panjang iaitu 18 kaki dan 10.9 inci.
Walaupun kini semakin tidak selesa, namun wanita dari Houston, Texas, Amerika Syarikat ini masih enggan memotongnya kerana mahu mendapat hasil berbaloi atas kerja luar biasanya selama ini.
Yani membuat tawaran itu melalui akaun Facebooknya @yaniwilliams.
Setakat ini, dia hanya menerima tawaran berharga cuma £500 (kira-kira RM2,700) untuk memotong kuku pada sepuluh jari tangannya. Dia mengganggap jumlah itu langsung tidak berbaloi.
Yani turut menjual kukunya secara dalam talian dengan harga 50 pound (kira-kira RM270) bagi setiap kuku jarinya.
Bagaimanapun jika dalam masa beberapa bulan lagi dia tidak mendapat individu yang sedia menawarkan harga yang dipintanya, Yani tetap akan memotongnya dengan berat hati.
Yani berharapkan tawaran sebanyak £35,000 (kira-kira RM191,000) yang dapat diperolehinya dalam tempoh terdekat ini. - KitaReporters
Kuku kakinya turut dibiarkan panjang.