Insan & Komuniti 15 Sep, 2019

WOW! BELI KERETA NISSAN BOLEH MENANG RUMAH!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… segalanya bergantung kepada rezeki.

Anis Ismarini Ismail (dua dari kanan) yang membeli Nissan X-Trail 2.0L menerima hadiahnya baru-baru ini.


Siapa sangka gara-gara mahu meraikan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan pendaftaran pembelian sebuah kereta Nissan, 10 orang bertuah berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kerusi urut Gintell DeSpace Star bernilai RM13,988.

Penyampaian hadiah kepada 10 pemenang tersebut diraikan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) selaku penganjur kempen “Festive Bonanza Hari Raya’ yang dianjurkan sepanjang bulan Mei hingga Jun 2019 lalu, baru-baru ini.

Turut menerima hadiah ialah keluarga Muhammad Zaky Ab Alim yang membeli Nissan Serena 2.0L S-Hybrid.


Senarai pemenang yang mendaftar untuk pembelian kereta sepanjang kempen berlangsung terdiri dari  nama-nama berikut: 

NAMA

  MODEL NISSAN YANG DIBELI

Anis Ismarini Ismail @ Ibrahim

  X-Trail 2.0L

Muhammad Zaky Ab Alim

  Serena 2.0L S-Hybrid

Chow Huey Ling

  X-Trail 2.0L Hybrid

Chee Soon Beng

  Serena 2.0L S-Hybrid

Cheah Weng Sang  

  X-Trail 2.0L

Syaiful Azlan Shafiee  

  Navara 2.5L

Mahavisnam A/L Rajoo

  Navara 2.5L

Rosliza Hassan  

  Navara 2.5L

Muhammad Saifuzan Sapili

  Navara 2.5L

Aniq Irsyaduddin Johari

  Almera 1.5L



(Gambar atas) Chow Huey Ling dan (gambar bawah) Chee Soon Beng turut menerima hadiah kemenangan sebuah kerusi urut Gintell masing-masing baru-baru ini.


Sebagai ‘bonus’, mereka layak untuk menyertai peraduan utama 'Beli Kereta Menang Rumah', di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000 di The Era, Duta North Kuala Lumpur. 

Wow! Hebatkan… beli kereta dapat pula rumah … lengkap segala hidup... tak apatah lagi jika pemenang itu pengantin baru. Tentu ‘happy’ teramat…


Peraduan yang  merupakan satu kerjasama unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. ini bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.

Malah berita baiknya mana-mana pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh berkenaan turut  layak menyertai peraduan di samping 10 pemenang terawal tadi.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ pada dua hujung minggu dari 13 hingga 15 September dan 20 hingga 22 September 2019  yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. 

Anda boleh merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan Leaf serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

0
0
0
0
0
You will be interested