YUSOF merupakan jiran tetangga sanggup menikah gadis itu selepas bekas kekasih pengantin wanita membatal pernikahan mereka. - Kredit foto : TikTok @myarchiv_3
KETIKA pengantin wanita sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut perkahwinannya sambil membayangkan hari-hari yang indah bakal menjelang dua hari lagi, tiba-tiba calon pengantin lelaki meminta pernikahan mereka dibatalkan.
Aduhai malangnya nasib dan hati wanita mana tidak merasa sedih serta malu setelah pelamin angan-angannya yang tidak musnah akibat kekasihnya mahukan perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan atas alasan calon pengantin lelaki itu menghidapi penyakit depresi atau tidak siuman secara mengejut.
Lagi
Khabar yang tidak diduga amat menyedihkan bagi seorang gadis itu yang juga merupakan pengantin wanita terbabit kini tinggal di Jakarta, Indonesia telah bertukar menjadi gembira apabila ada seorang lelaki bernama Yusof iaitu jiran tetangganya turut bersimpati dengan nasib gadis itu.
Yusof yang berasal daripada Boyolali, Jawa Tengah menawarkan dirinya dan bersedia menjadi pengganti calon pengantin lelaki bagi meneruskan perkahwinan wanita itu pada hari yang ditetapkan itu.
Sebelum itu, gadis terbabit yang suatu ketika dahulu pernah tinggal bersama keluarganya di Boyolali itu telah mengadakan pelbagai persiapan untuk majlis pernikahannya bersama kekasihnya pada tarikh yang sudah ditetapkan oleh kedua-dua pihak terbabit.
Tribunnews.com pada 27 Disember 2022 dipetik melapor, sempena dengan perkahwinannya, gadis itu telah menghantar surat jemputan kepada tetamu undangan termasuk ahli keluarga selain menempah katering dan peralatan lain bagi tujuan itu.
Tetapi, tiba-tiba dua hari sebelum majlis pernikahan gadis itu dilangsungkan bekas kekasihnya telah meminta perkahwinan mereka tidak diteruskan dengan memberi alasan tersebut.
Bayangkan betapa hancurnya serta malunya gadis itu dengan kawan-kawannya dan ahli keluarganya akibat pernikahannya terkandas di tengah jalan.
YUSOF dikatakan menyelamat maruah keluarga gadis itu kerana bersetuju berkahwin dengan pengantin wanita pada saat-saat akhir. - Kredit foto : TikTok myarchiv3
Kisah cinta gadis itu tidak kesampaian serta kekecewaan hatinya akibat bekas kekasihnya sendiri memutuskan perkahwinan mereka dibatalkan tanpa rundingan antara kedua-dua pihak pada saat-saat akhir telah viral dalam media sosial.
Ia secara kebetulan dibaca oleh bapa Yusof yang dikatakan sebelum itu pernah hidup berjiran dengan gadis itu sebelum keluarga gadis berkenaan berpindah ke Jakarta sejak beberapa tahun lalu.
Serentak itu, bapa Yusof telah menghubungi keluarga gadis itu menyatakan bahawa anaknya (Yusof) bersedia untuk menjadi pengganti calon pengantin lelaki agar majlis perkahwinan gadis tersebut tidak mengalami masalah dan kerugian peralatan yang ditempah walaupun bekas kekasih gadis telah membatalkannya.
Setelah berunding antara kedua-dua pihak maka gadis tersebut bersetuju menerima Yusof sebagai suaminya dan majlis pernikahan mereka selamat diadakan dan pada hari yang dijadualkan, gadis itu menikahi pengantin bidan terjun itu.
Kredit foto : TikTok @myarchiv3
Kisah Yusof sanggup menggantikan pengantin lelaki dan menikahi pengantin wanita itu telah dimuat naik akaun TikTok @myarchiv3 pada 25 Disember 2022 lalu.
Dalam video yang diposting itu kelihatan sepasang pengantin memakai baju putih dengan wajah masing-masing berceria bersanding di atas pelamin.
Pengantin wanita turut mempamerkan cincin pernikahannya di dalam video tersebut.
Ternyata, Yusof telah menyelamatkan maruah pengantin wanita itu dan keluarganya akibat bekas kekasih gadis tersebut telah `menghilangkan’ diri dengan alasan lelaki itu mengalami penyakit tidak siuman.
‘’Syukur dan alhamdulillah kerana Tuhan masih menyayangi diri aku mempertemukan dan menjodohkan aku dengan suami aku (Yusof) di saat-saat akhir,’’ kata gadis itu yang turut mendakwa kisah penikahannya bagaikan seperti terjadi di filem Bollywood. - KitaReporters