Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah mengedarkan lebih 200 bekas bubur lambuk kepada warga kampus dan penduduk sekitar.
Yang Dipertuanya Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani 22 berkata, penyediaan bubur lambuk ini hasil daripada kutipan dalam kalangan mereka dan sumbangan orang ramai.
Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani
Katanya, sebelum ini kami menyediakan nasi dan lauk untuk bersahur tetapi selepas berbincang dalam kalangan rakan-rakan maka keputusan diambil untuk menyediakan bubur lambuk dan mengagihkannya pula kepada warga KUIPs dan orang ramai.
“Memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun hanya dengan sebiji tamar atau segelas air kepada seorang yang berpuasa sunat, maka dia mendapat pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut,”ujarnya.
Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut. (HR. al-Tirmidhi)
Moga semua pihak yang memberi sokongan dalam program ini akan menikmati pahala nanti.
Roshaizam Izuddin bersama rakan-rakan MPP juga mendapat kerjasama daripada peniaga berhampiran kampus Puah, Norlinda Abd Kadir, 47, yang kebetulan ibu kepada seorang pelajar kampus ini juga.
Kesemua bubur lambuk itu diagihkan kepada pelajar, staf dan penduduk di Pauh dan Kuala Perlis. - KitaReporters
Siswi KUIPs turut menerima bubur lambuk yang disediakan.