Insan & Komuniti 11 Aug, 2025

No Stigma! Jalan Santai Maya MaRMA untuk kesihatan mental! Setiap langkah kecil beri impak besar!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


Bagi menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Malaysia Relief Mind Association (MaRMa) akan menganjurkan acara Jalan Santai Maya Untuk Kesihatan Mental atau Virtual Fun Walk for Mental Health dari 1 hingga 10 Oktober 2025 dengan membawa slogan "No Stigma atau Tiada Stigma" terhadap pesakit mental 

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental sambil menggalakkan gaya hidup sihat dan menghapuskan stigma terhadap pesakit mental yang sering dipandang negatif oleh masyarakat

Acara ini terbuka kepada semua kategori.  Peserta yang boleh menyertai termasuk pesakit, penjaga, sukarelawan dan golongan profesional.



Hanya dengan RM33, peserta akan menikmati pelbagai keistimewaan seperti:

  1. Bebas berjalan atau berlari sejauh 5km di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  2. Aktiviti mengikut kemampuan masing-masing, tanpa tekanan.
  3. Medal, E-Sijil dan saguhati sebagai kenangan penyertaan.
  4. Peluang memenangi hadiah cabutan bertuah untuk 30 pemenang.
  5. Keahlian percuma MaRMa selama setahun.

Pengarah Projek Virtual Fun Walk MaRMA, Rohayu Ayob berkata program ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga satu simbol sokongan moral kepada komuniti kesihatan mental.  

“Setiap langkah yang kita ambil adalah tanda solidariti -- untuk pesakit, penjaga, dan semua yang berjuang dalam diam. Walaupun kita berjalan di tempat berbeza, hati kita menuju tujuan yang sama,” ujarnya. 


Rohayu Ayob


Dalam program ini, MaRMa turut bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan atau National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH), yang sekarang sedang menganjurkan Kempen “Hentikan Stigma:  Kesihatan Mental Milik Semua”. 

Sementara itu Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia turut bekerjasama dengan MaRMA bagi menjayakan program ini.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://getbiib.com/events/1444 dan mula mengira langkah untuk perubahan positif. 

Sama sama kita hentikan stigma negatif kepada pesakit mental. Fahami mereka dan bantu mereka kembali pada masyarakat.

bagi mereka yang berminat atau berhasrat untuk memberi sumbangan kewangan kepada MaRMA, boleh melakukan perbankan online kepada akaun Maybank MaRMA bernombor 5621 0685 4804. - KitaReporters

10
13
0
9
0
You will be interested