Insan & Komuniti 25 Oct, 2025

Tolong kami! Bantu Pusat Tahfiz Nurul Insaniah! Bantu Masjid Saidina Abu Bakar Polisas! Bersedekahlah!

Share this

Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang membawa maksud: "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."


Bangunan Pusat Tahfiz Nurul Insaniah sedia ada.

Malah ayat 26 surah Al-Baqarah turut menyatakan bahawa bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap bahagian itu pula mengandungi seratus biji.

Ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas rahmat kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya.

Sehubungan itu, Pusat Tahfiz Nurul Insaniah, Kupang di Baling, Kedah yang merupakan institusi pengajian al-Quran dan kediaman untuk asnaf serta fakir miskin merayu menyediakan bumbung untuk asrama pelajar yang belum siap sepenuhnya hingga kini.


Bangunan Pusat Tahfiz Nurul Insaniah yang masih belum berbumbung.


Sebanyak RM17,000 telah berjaya dikumpulkan setakat ini dan masih belum mencukupi untuk merealisasikan jumlah yang diharapkan.

Menurut Mudirnya, Mohammad Shahril Mad Daud sasaran sebenar ialah RM45,000. Namun begitu sehingga kini sebanyak RM17,000 telah berjaya dikumpulkan dan masih kekurangan sebanyak RM28,000.

“Bumbung untuk asrama tahfiz amat diperlukan bagi menyempurnakan keperluan berteduh untuk 40 orang pelajar.

“Bangunan dah naik, tapi masih tiada bumbung. Para pelajar masih belajar dengan tabah, hafalan tetap diteruskan.

"Buat ketika ini mereka juga masih tidur dalam ruang lama yang padat dan sempit tetapi hafazan masih diteruskan walaupun dalam serba kekurangan," jelasnya.


Suasana surau sedia ada yang digunakan oleh pelajar sekarang sebagai kamar tidur.

Selain hafazan dan kelas al-Quran serta fardu ain, aktiviti ko-kurikulum seperti memanah, bola sepak dan tiusyen akademik juga diadakan.

Pelajar sedia ada berusia antara 10 hingga 19 tahun dan meneruskan pengajian sepenuh masa mereka sejak awal pagi sehinggalah ke malam dengan pelbagai jadual yang telah disusun atur.

Bagi merealisasikan keperluan bumbung pusat tahfiz tersebut sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Maybank bernombor 502045155955 atas nama Pusat Tahfiz Nurul Insaniah.

Pusat Tahfiz Nurul Insaniah boleh dihubungi melalui telefon 01111756799


Kelas al-Quran dan hafazan rutin setiap hari.

Para pelajar dalam kelas pengajian yang menjadi rutin sedia ada.

Sementara itu, satu hadis menyebut: "Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar lubang burung bertelur atau lebih kecil, nescaya Allah bangunkan baginya  (rumah) seperti itu pula di syurga." 

Hadis riwayat Ibnu Majah ini menaikkan semangat untuk kita terus berinfaq dan wakaf bagi projek menaik taraf Masjid Saidina Abu Bakar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah  (Polisas), Pahang.

Masjid yang uzur dan bocor ini menyasarkan kutipan sebanyak RM1,000,950 bagi menaik taraf keseluruhannya termasuk untuk bumbung dan mengecat.


Wakaf juga boleh dibuat dengan mengimbas QR pada poster atau dikredit ke dalam akaun Bank Islam Wakaf Pahang.

Bagi umat Islam dan sesiapa sahaja yang ingin merebut peluang yang ada walaupun serendah RM10, bolehlah mengimbas QR pada poster atau kredit terus kepada Akaun Bank Islam Wakaf Pahang bernombor 06019010103975.

Catatkan Ref 1: Nama Pewakaf dan Ref 2 : Wakaf naik taraf Masjid Polisas.

Wakaf anda juga layak mendapat pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Malah sumbangan dan wakaf yang disalurkan adalah untuk keselesaan tetamu Allah dan bagi melahirkan generasi TVET berkualiti serta seimbang. - KitaReporters

13
12
0
14
0
You will be interested