Insan & Komuniti 05 Jan, 2026

Video| Si Kunta Kinte jadi datuk bandar! Zohran janji baiki perumahan, pengangkutan awam, kesihatan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

PERKARA pertama yang dibuat oleh Datuk Bandar New York yang baharu, Zohran Kwame Mamdani @ Si Kunta Kinte adalah menyelesaikan masalah kontrak sewa rumah yang selama ini menguntungkan pemilik bangunan.


 



Penyewa terpaksa berdepan dengan kediaman rumah yang rosak teruk, bocor dan suasana kotor sehingga ada flat di bandar raya itu runtuh pada tahun lalu (2025).

Menurut Wikipedia, Zohran adalah ujian terbesar bagi Presiden Donald Trump kerana banyak kepentingan beliau berada di New York dan akan menjadi mangsa "balas dendam".

Ini terutama kepentingan awam yang sekarang berdepan dengan kenaikan sewa yang sentiasa meningkat, harga barangan mahal serta sistem cukai yang tidak adil antara orang kaya dan miskin.

Malah tindakan New York akan menyatukan wilayah di Amerika Syarikat (AS) yang berkuasa untuk bertindak balas ke atas polisi "orang lama", mengkaji semula polisi yang menguntungkan empayar Trump, yang menyebabkan Trump yang selama ini berusaha keras menjatuhkan Zohran terpaksa menanggung malu besar apabila air mukanya jatuh di khalayak umum.



Bandar Raya New York didiami 125 billioner yang tiada masalah dengan cukai dan ketika bersaing merebut kerusi datuk bandar tu, Zohran terpaksa bertarung dengan 10 billioner pro-Trump termasuk Elon Musk yang membelanja lebih AS$100 juta (RM450 juta) serta menggelarnya sebagai pengganas dalam cubaan menamatkan kerjayanya. 

Namum kerana kejujurannya dan dia juga menderma berjuta dollar untuk membantu penyelidikan kanser serta orang teraniaya maka pengundi memberi peluang kepadanya. 

Dia mulakan hari angkat sumpah  memegang al-Quran bila lafaz sumpah.

Kontrak sosial salah itu termasuk menjadi telinga dan mata kepada warga New York yang merasakan diri mereka rakyat terpinggir jadi satu isu yang memikat penduduk memilih dia menjadi antara Datuk Bandar Pertama Islam di kota perniagaan itu.

Zohran juga sudah pun memulakan khidmat bas bandar tambang percuma, penjagaan kanak-kanak awam, kedai runcit milik negeri dan pembekuan sewa pada unit stabil sewa. 



Zohran seperti yang dipaparkan dalam TikTok memang orang kaya juga, berasal daripada keluarga kaya yang memiliki aset puluhan juta dolar tetapi dia lebih menonjolkan dirinya sebagai rakyat biasa yang memakai jam berharga AS$10 (RM45) pemberian kanak-kanak yang dirawat di wad kanser

Pemilihan beliau seolah-olah mengembalikan ingatan kita pada drama bersiri The Root karya Alex Haley Roots: The Saga of an American Family" tentang warisan dan keturunan Afrika-Amerika,  era 80-an.

Kita akan teringat kisah seorang budak yang diberi gelaran Kunta Kinte daripada kaum Mandika dari Gambia beragama Islam, diculik dari kampungnya di Juffure dijadikan hamba di AS ditukar nama sebagai Toby.  

Janji Zohran@ si Kunta Kinte ni juga mahu menyediakan lebih unit perumahan mampu milik tambahan, pembaharuan keselamatan awam menyeluruh dan gaji minimum US$30 sejam menjelang 2030. 



Nama penuh Zohran Kwame Mamdani, 34, dilahirkan di Kampala Uganda. Berhijrah ke Amerika sejak berusia tujuh tahun. 

Beliau anak tunggal kepada Mira Nair, seorang pengarah filem, dan Mahmood Mamdani, cendekiawan dalam bidang pascakolonialisme. 

Ibu bapanya berketurunan India; ibunya beragama Hindu, manakala bapanya seorang Muslim Gujerat.

Zohran diberi nama tengah "Kwame" oleh bapanya memperingati Kwame Nkrumah, presiden pertama Ghana.

Manakala isterinya daripada golongan bangsawan Muslim Syria yang dilahirkan di Houston, Texas yang kemudian berpindah ke Dubai, bekerja sebagai  juruanimasi. Rama Duwaji yang dikatakan mirip Lady Diana dan berbakat sebagai penyanyi.

Demi cinta dan tanda sokongan, Rama menangguhkan kelahiran anak selama lima tahun lagi untuk memastikan kerjaya suaminya lancar.

Jika Trump mahu menjahanamkan Gaza, Zohran menjadi dinding kebal bila isterinya turut berasal dari negara yang menyebelahi Gaza. Malah dia sendiri adalah pembangkang kepada parti yang diwakili presiden itu.

Zohran berkhidmat sebagai Anggota Dewan Negeri New York mewakili anggota Parti Demokrat dan Sosialis Demokrat Amerika dari daerah ke-36 berpangkalan di Queens, sejak 2021. 




Dalam pemilihan pendahuluan Datuk Bandar bagi Demokrat pada 24 Jun 2025, Zohran mengalahkan Andrew Cuomo dan sembilan calon lain untuk menjadi calon Parti Demokrat bagi Pilihan Raya Datuk Bandar Raya New York.

Wikipedia mencatatkan beliau kemudiannya memenangi pilihan raya datuk bandar 2025 dan mula menjawat sejurus mengangkat sumpah awal pagi Tahun Baharu pada tanggal 1 Januari 2026.

Sebagai peguam, Zohran diketahui fasih bahasa Arab, Sepanyol, Kiswahili, Urdu, Bengali dan Luganda. Beliau secara keras mengkritik layanan Israel terhadap orang Palestin.

Malah dia berikrar untuk mematuhi waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bagi pemimpin Israel dengan menangkap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika dia melawat Bandar Raya New York. - KitaReporters

 

9
16
0
13
0
You will be interested