Insan & Komuniti 01 May, 2023

Artis santuni warga emas! Wani Hasrita, Khadijah Ibrahim, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Amal Ramadan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Muhammad Syafiq (kiri) mengiringi Khadijah melawat warga emas yang terlantar kerana keuzuran.


BEBERAPA artis terkenal tanah air tidak melepaskan peluang membuat amal jariah bersempena Ramadan 1444H lalu apabila mengunjungi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor bagi menyantuni warga emas terdampar di situ.

Mereka menghulurkan pelbagai sumbangan termasuk kewangan kepada PJMM di samping baju Melayu dan baju kurung, kuih-muih serta duit raya kepada penghuni selain mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama warga emas di pusat berkenaan.


Wany Hasrita (kanan), Mohd Nafidz dan Ummul Khairiyah menyantuni seorang warga emas memilih warna kain untuk dibuat baju.


Setiausaha PJMM, Mohammad Syafiq Mohiadin, berkata kunjungan artis berkenaan iaitu Wany Hasrita, Amira Othman, Safwan Nazri, Dato’ Khadijah Ibrahim, Wawa Zainal serta Aeril Zafrel bukan setakat memeriahkan suasana di pusat itu malah mengundang titisan air mata warga emas yang disantuni.

Menurutnya, Wany Hasrita berserta rakan artis datang bersama-sama kumpulan Megaklinik Zahran itu menyantuni setiap warga emas khusus perempuan termasuk yang terlantar di atas katil untuk memilih sendiri 15 reka bentuk serta warna baju raya mereka inginkan.

Tambahnya, bagi baju Melayu, Safwan membawa 30 reka bentuk dan warna untuk dipilih dalam kalangan warga emas lelaki untuk dipakai pada aidilfitri yang ditaja Megaklinik Zahran. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak bersama isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman pada 30 Mac 2023. 


Wany Hasrita bersama rakan artis bermesra dengan seorang warga emas yang tidak mampu untuk berjalan.


“Kemesraan yang ditunjukan Wany Hasrita, rakan-rakan artis dan kakitangan Megaklinik Zahran ini menerusi Program Sumbangan Baju Raya Penghuni mendatangkan rasa sebak pada hati penghuni yang seharus ia disantuni anak atau waris mereka,” ujar Muhammad Syafiq.

Beliau berkata, Khadijah pula menyantuni warga emas dengan menyampaikan sumbangan pes jenama Kathijah Ibrahim untuk dinikmati apabila berbuka puasa sebagai menu menambah selera.

Katanya, walaupun hanya sekejap sahaja pada 4 April 2023 lalu, namun kehadiran Khadijah tetap mengembirakan hati warga emas di pusat berkenaan apabila dapat bermesra dengan artis veteran yang mereka turut minati suatu ketika dahulu. 

Sehubungan itu, Khadijah berjanji akan mengunjungi PJMM pada masa terdekat bagi memasak sendiri pes jenama beliau dan resepi lain untuk dinikmati bersama-sama warga emas yang diibaratkan seperti ibu dan bapa sendiri.


Khadijah Ibrahim (dua dari kanan) bersama-sama barangan yang disumbangkan untuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, di Semenyih, Selangor pada 4 April 2023.


Pada minggu terakhir Ramadan, PJMM dikunjungi pula pasangan suami isteri artis popular iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bagi menggembirakan hati warga emas menjelang adilfitri.

Muhammad Syafiq berkata, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang datang bersama pasukan WawaCosmetics selain menghulurkan sumbangan untuk PJMM turut berkongsi rezeki dengan memberi duit raya kepada warga emas.

“Pasangan artis semua isteri ini kelihatan sayu dan tidak dapat menahan kesedihan apabila dimaklumkan warga emas berkenaan ada yang disisihkan ahli keluarga termasuk anak kandung sendiri serta terdampar tiada waris,” katanya.


Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bertanya khabar seorang warga emas selepas menyantuni dengan memberi duit raya.


Sementara itu pada penghujung Ramadan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab Iltizam Selangor (KIS) dan Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (KKWPUKM) turut menghulurkan Sumbangan Ramadan 2023 untuk PJMM.

KIS yang diwakili Azimudin Mohamed menyerahkan replika cek RM500 manakala KKWPUKM menerusi wakilnya Abd Zhafir Abd Rashid menghulurkan sumbangan RM1,417.00 kepada Pengerusi PJMM, Azman Rasman pada 18 April 2023. 

Menurut wakil NGO berkenaan, sumbangan itu adalah kerja amal dan kebajikan mereka bersempena Ramadan bagi meringankan bebanan pusat jagaan berkenaan dalam membuat persiapan adilfitri dan sebagainya bagi menyantuni warga emas di situ.


Azman (tengah) bersama wakil KIS dan KKWPUKM yang menghulurkan Sumbangan Ramadan 2023 untuk PJMM.

19
14
0
9
0
You will be interested