Insan & Komuniti 12 Jun, 2025

Polis dan masyarakat berpisah tiada! Ibadah korban bukti polis jaga keselamatan juga ejen perpaduan!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Aktiviti melapah tiga ekor lembu dilaksanakan secara berkumpulan oleh semua yang hadir.

Walaupun sibuk dengan tugas menjaga ketenteraman awam saban waktu, warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merebut ganjaran ibadat korban yang disediakan oleh Allah SWT.

Sehubungan itu, atas kesepakatan yang dicapai, sebanyak tiga ekor lembu telah sempurna dikorbankan pada hari Isnin, 9 Jun 2025 lalu iaitu hari ketiga Aidiladha.

Ibadah korban warga IPD Kerian terbukti mampu mengeratkan silaturahim bukan saja dalam kalangan warga IPD tetapi juga masyarakat setempat.


Proses memotong daging turut dilaksanakan oleh kumpulan yang telah diagihkan tugas masing-masing.


Gotong royong memotong dan melapah daging korban ternyata dapat mengeratkan silaturahim.


Semangat pengorbanan dan ukhwah yang terjalin dengan kemeriahan 'Program Gotong Royong Sembelihan dan Memasak' yang telah diadakan dengan meriahnya di pekarangan Surau An-Nur, IPD Kerian terbukti berjaya dengan komitmen semua pihak termasuk masyarakat setempat.

Majlis yang penuh bermakna tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, DSP Mohamad Azam Nahar, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua balai, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Kerian serta warga kerja IPD.


Warga IPD dan Perkep bersama-sama siap sedia bergotong-royong menyediakan masakan daging korban untuk semua yang hadir.


.

Gotong royong memasak daging korban turut dilaksanakan oleh warga IPD dan Perkep


Tiga ekor lembu yang telah disembelih awal pagi itu turut dilapah bersama-sama serta dimasak secara gotong royong.

Kemudiannya daging korban telah diagihkan kepada warga kerja IPD Kerian, anggota yang sedang bertugas, ahli keluarga PDRM, golongan asnaf, fakir miskin dan juga penduduk setempat yang memerlukan.

Setelah selesai gotong-royong agihan daging, semua yang hadir disajikan pula dengan makanan tengah hari.

Malah program ibadah korban ini adalah medan terbaik untuk menyemai perpaduan, toleransi dan menjadi tunjang kekuatan institusi PDRM dalam mendukung syiar Islam dan menjalin hubungan erat antara masyarakat.

Ia jelas membuktikan IPD Kerian bukan hanya berperanan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, sebaliknya berperanan sebagai pemacu nilai-nilai murni serta menjadi agen perpaduan sejati dalam masyarakat. - KitaReporters


Agihan daging korban kepada warga IPD disempurnakan sebaik sahaja selesai proses melapah.


Keriangan terbukti pada wajah penerima agihan daging korban di IPD Kerian pada hari raya Aidiladha ketiga.

Warga IPD Kerian bersyukur dan gembira sebaik sahaja menerima agihan daging korban.

15
14
0
11
0
You will be interested