Insan & Komuniti 11 Jul, 2025

Hebat PDRM! Warga polis IPD Manjung gotong royong masak 8 kawah bubur Asyura! Raikan 10 Muharam!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Sebahagian lagi anggota turut bersama-sama mengacau bubur Asyura di Surau Al-Amin, IPD Manjung.

Sudah menjadi lumrah bagi masyarakat negara ini meraikan setiap hari kebesaran Islam termasuklah 10 Muharam.

Begitu juga dengan aktiviti memasak bubur Asyura untuk diagih kepada golongan keluarga, fakir miskin dan masyarakat setempat.

Ia telah menjadi adat dan tradisi masyarakat Islam dalam negara ini.

Malah amalan ini merupakan perkara yang terpuji kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim di samping dapat membudayakan amalan sedekah dalam kalangan masyarakat.


Gotong royong memasak 8 kawah bubur Asyura berjalan lancar dengan kerjasama semua anggota polis.

Kesempatan ini turut dimanfaatkan oleh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan program memasak 8 kawah bubur Asyura seawal 8 pagi pada Rabu, 9 Julai 2025 di Surau Al-Amin, IPD Manjung.

Seluruh warga IPD Manjung melibatkan semua bahagian, cawangan dan balai turun padang bersama-sama bagi menjayakan program masak dan kacau bubur Asyura tersebut.


Bubur Asyura diagihkan oleh Hasbullah Abd Rahman (tengah) kepada semua anggota.

Antara bubur Asyura yang telah siap untuk diagihkan.

8 kawah bubur Asyura versi utara dan versi Kelantan dimasak secara gotong-royong dengan penyertaan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Manjung.

Program yang diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman turut dihadiri engerusi PERKEP  Manjung, Intan Suhaida Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Supt Mohd Rozaini Md Rodzi. - KitaReporters


Warga IPD Manjung bersama-sama mengacau bubur Asyura.
15
12
0
16
0
You will be interested