Insan & Komuniti 07 Nov, 2024

Video| Rezeki tak salah alamat! Cikgu Alvi tak lagi jadi pemungut! Ada kedai kecil! Bakal buat umrah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Rezeki adalah milik Tuhan dan akan diterima oleh individu tertentu tanpa diduga,

Baru-baru ini masyarakat telah dipaparkan dengan berita seorang guru honorer (kontrak) di  Kampung Bantar Muncang, Desa Sekarwangi, Kecamatan Cibadak, Kabupaten Sukabumi, Jawa Tengah menjadi pemulung atau pengutip barangan lusuh untuk dijual semula sebaik habis mengajar.

Video dan kisah sengsara guru bernama Alvi Noviardi, 57, mendapat simpati ramai setelah tular setelah dimuat naik sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia. 

/

Alvi mengunjungi Ketua Polis Cimahi, Tri Suhartanto


Ekoran itu, satu yayasan menghulurkan sumbangan dengan membina warung barangan runcit di sebelah rumah Alvi serta barangan runcit untuk diniaga.

Warung itu mendapat sambutan penduduk setempat dan ia memberi hasil yang lebih berbanding kerja memulung sebelum ini.

Rezeki tidak diduga datang lagi. Pada awal Oktober 2024, beberapa anggota polis datang ke rumahnya dengan menyatakan Ketua Polis Cimahi ingin bertemu.

Pertemuan diadakan pada 7 Oktober 2024 lalu di Ibu Pejabat Polis Cimahi. 


Ketua Polis Cimahi, Tri Suhartanto memberikan pakej umrah yang boleh dilaksana seawal November 2024. Alvi turut diberi wang tunai Rp3 juta (kira-kira RM1,000) untuk tambahan modal berniaga.

Alvi bersyukur menerima sumbangan daripada masyarakat bagi memperbaiki kehidupannya sekeluarga.

Alvi berkhidmat sebagai guru honorer selama 38 tahun dengan hidup terdesak untuk menyara isteri dan dua anaknya.

Sebagai guru kontrak Alvi cuma mendapat elaun sebanyak Rp10 ribu sejam atau Rp50 ribu sehari (kira-kira RM15). Dalam sebulan cuma 20 hari bekerja. Dan ia cukup membebankan untuk menanggung kos sara hidupnya sekeluarga.
 Alvi tetap menjalankan tugas sebagai guru di sekolah


Ramai guru honorer terpaksa melakukan pekerjaan-pekerjaan lain selepas mengajar bagi mencari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan sekeluarga.

Guru honorer bererti melakukan tugas sebagai pendidik tetapi tidak diserap sebagai kakitangan kerajaan yang menerima beberapa kemudahan. - KitaReporters

12
19
0
10
0
You will be interested