Polis adalah antara pihak diberi tanggungjawab mengawasi perjalanan yang sempurna untuk para VIP dalam dan luar negara. Jika ada yang tidak lancar dalam mengendalikan perjalanan para VIP, ia akan menjejaskan kredibiliti pasukan polis.
Rombongan VIP dari Singapura pulang selepas menghadiri majlis angkat sumpah Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia kelapan di Jakarta.
Dua anggota polis peronda itu sepatutnya mengawasi perjalanan di tol Slipi lancar. Namun kedua-duanya lambat tiba ke lokasi dengan alasan roda kereta bermasalah. Namun pihak atasan polis trafik tidak dapat menerima alasan itu.
Menurut jurucakap Polis Trafik Metro Jaya, pihaknya bertimbang rasa dengan hanya memberi squat jump 10 kali, tidak push up kerana panas terik yang boleh mencederakan pelaku.Kedua-duanya tetap dikenakan tindakan disiplin yang boleh menjejaskan kenaikan gaji dan pangkat.
Dua anggota polis trafik itu juga mendapat malu apabila seorang pengguna jalan tol itu menvideokan aksi itu dan dimuat naik dalam akaun X, @Pai_C1.