Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Al-Marhum Tengku Abdul Hamid berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara bersama Seri Paduka Permaisuri Agong dan tetamu-tetamu diraja yang lain.
Majlis berkenaan diadakan pada 12 Julai 2023 turut diserikan dengan keberangkatan baginda tuanku permaisuri dan sultanah dari beberapa negeri.
Dalam Instagram Kelantan D'Raja Official Kelantan D'Raja (Official) yang berkongsi perkembangan dan aktiviti Sultan Kelantan, Sultanah Kelantan dan Keluarga Diraja Kelantan, Tengku Anis yang kelihatan anggun bersama-sama Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abdul Rahman, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Tuanku Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Tengku Anis kiri masih anggun dan sihat.
Turut berkenaan ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim, Puan Sri Tunku Anne Dakhlah Almarhum Tuanku Munawir, Tengku Puan Panglima Raja Selangor Datin Paduka Setia Tunku Irinah Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tunku Deborah Almarhum Tuanku Munawir.
Sementara itu Tengku Permaisuri Norashikin yang baru pulang menunaikan ibadah haji menarik perhatian ramai tetamu apabila penampilannya bertudung kelihatan sangat jelita.
Bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) memukau perhatian jurugambar dan tetamu dengan wajahnya yang berseri-seri dan tidak putus-putus memberi senyuman yang manis.
Pada majlis santapan ini, seramai 350 tetamu hadir terdiri pereka fesyen tempatan, ahli politik, selebriti dan pempengaruh.
Acara turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan Tenun Pahang yang dikendalikan oleh pereka fesyen Datuk Radzuan Radziwill.
Sementara itu, dalam satu Instagram Malaysia.royalfamily pula, Permaisuri Agong sempat berkenaan memuat naik gambar lucu baginda dengan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam gambar sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2023, Permaisuri Agong sempat berkenaan menunjukkan jarinya ke arah Seri Paduka.
Baginda yang juga kemudian menggunakan gelaran Tengku Ampuan Pahang sempat melontarkan komen 'nakalnya' comel pulak budak dua ni!!!! - KitaReporters