Insan & Komuniti 04 Sep, 2022

Video| Barista yang baik hati! Usaha pekerja bantu ibu basuh botol, bancuh susu anak terima pujian!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


PERKONGSIAN seorang ibu mengenai kebaikan seorang barista atau pembancuh minuman di restoran Starbuck bancuh susu untuk anaknya setelah menyedari terlupa membawa air panas meraih pujian orang ramai.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @angahazie888, memaparkan pekerja itu mengambil botol susu itu dengan membasuhnya terlebih dahulu sehingga bersih dan mengisi air panas sehingga penuh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minuman susu


Terima kasih pada abang ini. Minta air panas sedikit nak buat susu anak siap basuh sekali letak air ikut garis botol lagi,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kebaikan pekerja barista itu serta mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.



“Berkat gaji dia. Permudahkan urusan orang, semoga dilimpahi dengan segala rezeki bang,” ujar @atim_serizawa92.

“Alhamdulillah masih ada lagi orang baik. Kalau kita tidak jumpa lagi orang baik, kitala kena jadi baik,” jelas @senyumanindah96.

“Siap beri tisu lagi. Moga hidupnya Allah permudahkan, amin,” tulis @NormayatiMarzuki. - KitaReporters


7
9
0
16
0
You will be interested