Insan & Komuniti 26 Feb, 2020

SYUKUR!! 66 LAGI RAKYAT KITA SELAMAT PULANG

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
SELEPAS hampir sebulan penularan penyakit Koronavirus-2019 atau COVID -19 di China, akhirnya rakyat Malaysia yang bermautautin di China berjaya dibawa pulang ke tanah air. Kesemua 66 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi pesawat khas misi kedua Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan wabak COVID-19. : KitaReporters.com

Pesawat AirAsia yang membawa pulang 66 rakyat Malaysia yang bermastautin di Wuhan, China selamat tiba di KLIA kira-kira 6 pagi 26 Februari 2020. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Memetik laporan Astro Awani, pesawat AirAsia AK8265 tiba pada pukul 6.50 pagi ini selepas berlepas bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan pada jam 1.45 pagi tadi.

Kejayaan misi kedua untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan itu adalah hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk dari Kementerian Luar Negara (KLN), Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dan Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, misi HADR pertama kali digerakkan kerajaan Malaysia pada 4 Februari 2020 dan berjaya membawa pulang 107 rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei, terdiri daripada 88 rakyat Malaysia dan 19 lagi adalah pasangan serta anak mereka yang bukan warganegara.

Kementerian Luar Negara dalam kenyataan memaklumkan seramai 12 kru penerbangan, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia dan dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam misi kemanusia.

Sepatutnya 75 rakyat yang menetap di sana dijadualkan pulang ke tanah air, namun sembilan tidak dapat berbuat demikian.



Penumpang tiba perlu melalui proses saringan kesihatan . - Foto Facebook https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/


Menurutnya, enam orang yang hadir di lapangan terbang tidak dapat menaiki pesawat tersebut disebabkan isu kesihatan selepas melalui proses saringan kesihatan di lapangan terbang.

“Seorang menarik diri atas faktor kesihatan tanpa hadir ke lapangan terbang, manakala seorang lagi tidak dapat turut serta disebabkan komitmen kerja. 

“Seorang lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat meninggalkan Wuhan atas masalah logistik. Beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan kenderaan untuk ke lapangan terbang,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam kenyataan pula memaklumkan kesemua mereka tiba perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Nilai bagi proses kuarantin selama 14 hari. 

"Pasukan HAZMAT dan KKM telah bersiap sedia untuk melakukan saringan kesihatan kepada 66 rakyat Malaysia dan ahli keluarga masing-masing yang dibawa pulang dari Wuhan.

Saringan ini dilakukan di Air Disaster Unit (ADU) KLIA.

"Mereka akan menjalani saringan kesihatan di ADU dan jika bergejala, akan dihantar ke HTJ Seremban.

"Bagi yang tidak bergejala, bas khas akan membawa mereka ke AKEPT untuk pemantauan atau kuarantin 14 hari," menurut kenyataan KKM. - KitaReporter.com

 .Laporan-laporan berkaitan COVID-19 boleh dibaca di: https://kitareporters.com/coronavirus



Kredit foto : Facebook https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/


1
8
0
0
0
You will be interested