
Sebanyak 4.5 tan ikan cencaru dan kembung diedarkan secara percuma di tiga kawasan di Sungai Kerang, pekan Trong dan Pusat Khidmat Kampung Benggali.
Pengedaran ikan tersebut bagi membolehkan rakyat kurang mampu di kawasan Parlimen Bukit Gantang mendapat bekalan ikan segar. Pengundi di tiga kawasan itu berbaris untuk mendapatkan ikan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, apabila pendaratan ikan cencaru dan kembung banyak serta murah, beliau membeli dan hantar terus ke kawasan Parlimennya.

“Trend
menjual ikan murah yang saya buat, kini sudah ada dibuat oleh orang lain dan
ini sekali gus dapat mengurangkan harga dan kos sara hidup rakyat,” katanya
selepas mengedarkan ikan cencaru dan kembung percuma sebanyak 4.5 tan untuk kawasan
Parlimen Bukit Gantang di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Kampung
Benggali dekat Taiping pada 25 Julai 2025.
Katanya, beliau memberikan ikan percuma kepada pengundi di sini dengan niat untuk bersedekah pada hari Jumaat yang berakah ini dan Allah akan memberikan rezeki yang banyak.

Sementara
itu, Syed Abu Hussin yang juga Ketua Task Force Majlis Tindakan Keterjaminan
Makanan Negara (NACCOL) berkata, konflik antara Thailand dan Kemboja tidak
memberi kesan besar terhadap beras pada
masa ini.
Menurut
beliau, ini kerana Malaysia masih bergantung kepada bekalan beras import dari
beberapa negara seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam, India dan
Pakistan.
Namun begitu,
bekalan ikan juga diperolehi dari Myanmar dan Thailand.
"Subsidi
yang diberikan kerajaan sebanyak RM150 juta juga membantu menstabilkan harga
beras pada harga RM26 sekampit.
“Walaupun
begitu, simpanan makanan penting jika berlaku sebarang ketegangan,” katanya. - KitaReporters