Insan & Komuniti 24 Jul, 2025

Menoktahkan kemiskinan tegar! PM luncur Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia Madani! Kutip RM120j!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Sejumlah RM120 juta berjaya dikutip daripada pihak swasta bagi Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia Madani (Sejahtera Madani) sebelum dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Julai 2025.

"Peluncuran Sejahtera Madani hari ini (24 Julai 2025) membuka lembaran baharu dalam pendekatan kita menangani kemiskinan dan miskin tegar. 

"Ia menghimpunkan kekuatan sektor korporat dan swasta dalam usaha bersama kerajaan melalui intervensi pendidikan, peningkatan pendapatan, perumahan dan kebajikan," kata Anwar pada majlis pelancaran.

Menurut beliau, inisiatif ini adalah kesinambungan kepada usaha Kerajaan Madani menoktahkan kemiskinan tegar. 



"Sejak 2023, hampir 150,000 isi rumah berjaya keluar daripada kelompok miskin tegar dan harapan saya, menerusi Sejahtera Madani, mereka ini dapat diangkat sepenuhnya daripada kepompong kemiskinan," jelasnya.

Beliau gembira, sambutan korporat amat menggalakkan. 

"Sasaran awal RM50 juta telah dilangkaui dengan komitmen mencecah RM120 juta sebelum pelancaran rasmi hari ini, (24 Julai 2025) mencerminkan kesediaan sektor swasta untuk memikul tanggungjawab sosial ini secara bersama," tegas beliau.

Anwar berkata, kerajaan Madani akan terus menyelaras usaha ini. 

"Sama ada sumbangan besar mahupun kecil, yang penting ialah keikhlasan dan kesanggupan untuk turun padang menyumbang masa, tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan bersama.

"Malaysia ialah negara hebat dengan rakyat yang berhati besar. Dengan semangat Sejahtera Madani, marilah kita berganding bahu membina masa depan yang lebih adil, inklusif dan sejahtera tanpa meninggalkan sesiapa di belakang," tambahnya.




Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia Madani (Sejahtera Madani) ialah satu inisiatif nasional yang diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih. 

Program ini menghimpunkan pelbagai bentuk intervensi bantuan merentas kementerian, agensi dan pihak swasta bagi memangkas kemiskinan secara berfokus dan bersepadu.

Ia bertujuan:

  • Meningkatkan taraf hidup keluarga miskin/miskin tegar melalui bantuan bersasar.
  • Peluang menyertai program pendidikan, latihan kemahiran, bantuan perumahan dan keusahawanan.
  • Akses kepada peluang pekerjaan dan kesihatan yang lebih baik.



Pihak-pihak yang terlibat termasuklah:

  • Kerajaan Persekutuan: Melalui kementerian dan agensi pelaksana/pemberi bantuan.
  • Rakan Strategik: Sumbangan strategik atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak swasta/individu.
  • Peserta eKasih: Penerima manfaat yang terdiri daripada peserta miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

Skop Sejahtera Madani pula meliputi:

  • Peningkatan Pendapatan
  • Pendidikan
  • Perumahan
  • Kebajikan

Setakat 24 Julai 2024, sumbangan terkumpul untuk program Sejahtera Madani ialah RM120 juta, - KitaReporters/Kenyataan Media


15
12
0
8
0
You will be interested