Insan & Komuniti 20 Dec, 2020

Ustaz Ebit rayu! Beli kuih, ayam penyet dijual wanita OKU ni

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

USTAZ Ebit Lew pantang melihat orang yang hidup susah. Bila tahu, dia pantas menemui insan kurang bernasib baik itu bagi menghulurkan bantuan serta sumbangan. Begitulah mulianya insan bernama Ebit Lew ini yang hidupnya mencari wang dan memperuntukkan sebahagiannya untuk kerja amal. : KitaReporters


Ustaz Ebit memuji kuih pelita wanita OKU ini. Turut kelihatan anak-anak wanita berkenaan.


Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Setelah mendapat maklumat seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan kaki, dia bergegas menemui wanita berkenaan.

Dia sedih melihat ibu tunggal itu berniaga hanya menggunakan beberapa meja sambil memakai kerusi roda. Selain menghantar jualannya ke beberapa tempat, dia turut berjualan sendiri di sebuah kawasan di depan tasik itu.


Ustaz Ebit terharu mendengar kisah hidup wanita OKU ini.


Mencuba rasa tepung pelita yang dijual, Ustaz Ebit memuji kesedapannya. Ustaz Ebit sedih dan sayu melihat kegigihan wanita OKU ini berniaga dalam keadaan serba serbi kekurangan.

Tanpa membuang masa dia pergi ke sebuah kedai menjual peralatan berniaga dengan mencarikan sebuah gerai (stall) beroda dengan bumbungnya (awning) sekali.

Kira-kira sejam kemudian Ustaz Ebit pulang ke tempat wanita OKU itu berniaga berserta sebuah gerai beroda dengan awning itu serta beberapa pekerja bagi menyiapkan pemasangan.

Gerai beroda sedang diubah suai oleh beberapa pekerja.

Ustaz Ebit turut menyerahkan sumbangan wang tunai.

Wanita OKU ini terharu menerima sumbangan Ustaz Ebit.

Wanita OKU itu sebak melihat hadiah tanpa diduga pemberian ikhlas Ustaz Ebit Lew. 

Dia memang mendapat bantuan daripada pihak zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun jumlahnya tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan sekeluarga.

Ustaz Ebit dalam media social Facebook dan Instagramnya meminta orang ramai di kawasan berhampiran Sri Rampai, Setapak agar membeli tepung pellita dan ayam penyet yang dijual oleh wanita OKU itu yang dipanggilnya sebagai ‘mak cik’ itu.

Sementara itu, di tempat berasingan, Ustaz Ebit turut memberi sedikit sumbangan kepada adik beradik Orang Kurang Upaya (OKU) yang sumbing menjadi penghantar makanan GrabFood dengan menaiki sebuah motosikal.  

Dua beradik ini sudah banyak kali melamar pekerjaan tetapi gagal menyebabkan mereka terpaksa menjadi kurier GrabFood hingga ke lewat malam. - KitaReporters



Berikut adalah tulisan penuh Ustaz Ebit dalam Facebook dan Instagramnya:

“Sedih sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal oku tiada 2 tangan dan tiada 2 kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini Besarkan 2 anak dengan berniaga kuih tepung pelita. Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. 

"Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli. Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini. 

"Syukur dapat bantuan duit bulanan zakat dan jkm. Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis. Ya Allah, ustaz mahal cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini. 

"Kakak ni akan mula berniaga depan tasik sri rampai. Menu utama kueh pelita. InsyaAllah akan jual juga nasi ayam penyet. Memang sedap sangat. Doakan buat akak ni yer. Jika siapa berdekatan boleh ler membeli dengan kakak ini.


“Terharu terbaca pasal 2 beradik ini yang sumbing susah hantar makanan lewat malam. Sampai lewat kerana masalah motor. Dari awal pkp kerja berdua bawa 1 motor grab. Rajin bekerja. Menyewa di kl ini. 

"Saya beri sedikit sumbangan pada mereka. Dan beri semangat dan berkongsi amalan. Saya memang kagum di kl ramai anak muda rajin cari rezeki. Lagi kagum bila mereka ingin membantu keluarga dan cuma nak meneruskan hidup. Katanya selalu interview sana sini tapi belum ada rezeki yang lain.

"Saya doakan semua adik yang bekerja kuat cari rezeki diberi kekuatan untuk terus membantu keluarga.”

0
0
0
0
0
You will be interested